Cakap berdegar-degar pejuangkan Melayu kunun, cuba kamu wahai UMNO totok dan pemimpin dan pengikutnya lihatlah kamu tipu yang lain atau pemimpin tipu kamu .Kata pejuangkan Melayu dalam No Kad Pengenalan pun taidak ada lagi ditulis bangsa Melayu yang ada Islam. Bagaimana kamu kata PAS atau PKR yang tak pejuangkan Melayu. Nah ! sekarang mana kuota 30% kamu. Ingatlah Islam lebih releven kerana bila orang Melayu dah kawin campu dengan india Musli ,Cina Muslim, bengali Muslim takkan nak kata Melayu lagi.
Lagi satu yang perlu diingat, ahli UMNO di SAbah dan Serawak bukankah dalam bangsa lain yang tidak Islam? bagaimana Mufti Harussani nak pejuangkan Islam kerana Melayu itu Islam.
Saham: Tiada Lagi Kouta 30% untuk Bumiputera
Ahli UMNO, PERKASA, NGO, Blogger UMCO...bangun! Hak orang Melayu terancam!
KL, 21 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) amat kesal dengan tindakan kerajaan yang kononnya memperjuangkan nasib orang Melayu tetapi menghapuskan kuota 30 peratus saham Bumiputera.
Ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi berkata, dengan tindakan itu jelas yang Umno BN hanya beretorik sahaja dalam kata-kata mereka tetapi tindak tanduk mereka jelas ‘tidak serupa bikin’.
“Dan mengapa hanya akhbar berbahasa Cina sahaja yang mengeluarkan kenyataan ini. Mengapa tidak Utusan Malaysia, TV3 mengeluarkan artikel ini?” soalnya.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dalam satu wawancara eksklusif bersama Nanyang Siang Pau, yang disiarkan semalam.
Dalam wawancara tersebut, menteri yang menerajui Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Unit Kerjasama Awam dan Swasta itu menegaskan bahawa kerajaan telah membuat penyelarasan, untuk melihat kuota 30% saham Bumiputera dari perspektif makro.
Kerajaan berharap Bumiputera yang mencakupi 60% populasi Malaysia, mampu menguasai sekurang-kurangnya 30% saham dalam ekonomi secara keseluruhannya, dan bukannya tertakluk kepada setiap syarikat, tambahnya.
Sehubungan itu, tegas Nasrudin, DPPP mendesak agar kerajaan mewujudkan semula kuota untuk Bumiputera kerana ia adalah hak orang Melayu.
“Jangan kerana perkiraan politik yang dangkal, kerajaan Umno BN menggadaikan hak orang Melayu. Kalau ini dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR), pasti Umno BN akan menuduh PR khianat orang Melayu tetapi yang ini bagaimana?” soalnya.
Katanya, setelah kenaikan harga minyak, pemansuhan bantuan biasiswa kepada pelajar Melayu, tanah rezab Melayu digadaikan, kali ini Umno BN menghapuskan pula kuota yang khas untuk orang Melayu.
Ini, katanya bererti bahawa tidak perlu ada saham Bumiputera dalam sesebuah syarikat yang mana akan membuka pintu seluas-luasnya kepada rakyat asing untuk memiliki sesebuah syarikat.
“Bukankah ini menutup ruang usahawan Melayu untuk bersaing?” tanya beliau lagi.
Sebelum ini, kata beliau sekurang-kurangnya kuota itu membolehkan usahawan Melayu mempunyai tempat dalam memastikan mereka dapat terus berdiri sama tinggi dengan syarikat luar.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment