Felda hari ini menuntut ganti rugi sebanyak RM200 juta terhadap akhbar Suara Keadilan dan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari berhubung penyiaran artikel “Felda bankrap” oleh akhbar berkenaan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata notis tuntutan saman fitnah itu sudah dihantar kepada PKR sebagai pemilik, Syarikat Pelita Koridor Sdn Bhd sebagai penerbit dan Syarikat Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai pencetak, hari ini.
“Notis itu antara lain menuntut pampasan bagi kerosakan reputasi ke atas Felda yang didakwa bankrap oleh Suara Keadilan dalam akhbar itu yang bertarikh 22 hingga 29 Jun dengan tajuk ‘Felda Bankrap’,” katanya.
Notis tuntutan itu difailkan menerusi syarikat guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak.
“Pihak berkenaan diberi masa tujuh hari untuk membayar ganti rugi berkenaan dan membuat permohonan maaf kepada Felda,” katanya.
PKR tak layan
Sementara itu, naib presiden PKR, Sivarasa Rasiah berkata parti itu tidak akan melayan tuntutan RM200 juta berkenaan dan tidak akan memohon maaf kepada Felda.
Menurut Sivarasa, pihaknya bersedia ke mahkamah bagi mengemukakan segala bukti terhadap pendedahan yang dilakukan itu.
“Pendirian kita jelas, memang kita tidak akan layan dan kita akan jawab di mahkamah,” katanya yang juga ahli parlimen Subang, di lobi Parlimen hari ini.
“Kalau mereka ingin membawa kes itu ke mahkamah kita alu-alukan,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuntutan ganti rugi Felda terhadap PKR dan Syarikat Pelita Koridor Sdn Bhd sebagai penerbit serta Syarikat Percetakan NPK Sdn Bhd.
“Berhubung perkataan ‘bankrap’, maksud kita jelas bahawa penyelewengan berlaku sehingga menjejaskan kewangan Felda,” katanya.//malaysiakini
Kemenangan 354 peneroka Felda Kemahang 3, Tanah Merah dalam saman terhadap Felda Palm Industries Sdn. Bhd. merupakan satu kejayaan besar dan titik permulaan kepada seluruh peneroka Felda di negera ini untuk terus bersemangat memperjuangkan hak mereka yang kebanyakannya ditindas dan ditipu Felda selama ini.
Iklan
AJK PAS Pusat Mazlan Aliman berkata kes tersebut bukan sahaja berlaku di Kemahang malah penipuan urus niaga penjualan hasil kelapa sawit turut terjadi hampir di seluruh negara.
"Kes ini merupakan satu peringatan kepada Felda dan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai Felda Dato' Seri Najib Tun Razak supaya tidak terus menindas dan menipu golongan peneroka dan memerah keringat mereka tanpa membayar bayaran yang setimpal," katanya ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.
"Jangan selamanya ingat peneroka bodoh dan kes ini membuktikan apa yang diperjuangkan selama ini oleh mereka adalah benar dan terbukti wujud penyelewengan di dalam pengurusan Felda," katanya sambil mengucapkaan tahniah kepada peneroka yang terbabit kerana menang saman dalam kes tersebut.
Beliau yang juga merupakan Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Malaysia (Anak) menjelaskan selama ini kebanyakan pengilang Felda di seluruh negara tidak mengikut harga pasaran dan KPG (Kadar Perahan Gred) yang standard yang telah menyebabkan kerugian yang besar kepada para peneroka sekitar RM150.00 sehingga RM250 setiap bulan bagi setiap gred.
Semalam Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu Dato' Mohd. Azman Husin memerintahkan Felda dan Felda Palm Industries Sdn. Bhd. membayar ganti rugi RM7.8 juta kepada 354 peneroka tersebut berkuatkuasa serta merta.
"Mahkamah mendapati berdasarkan kepada keterangan-keterangan dalam perbicaraan, memang wujud bukti konspirasi antara pengurus Felda dan kilang berkenaan untuk menipu gred harga kelapa sawit.
"Mahkamah juga berpuas hati bahawa kadar gred harga kelapa sawit yang diberikan oleh pihak berkenaan kepada peneroka adalah tidak munasabah," kata Mohd. Azman dalam penghujahannya.
Mazlan menambah, isu penipuan urus niaga ini bukanlah satu perkara baru malah ianya merupakan antara salah satu senarai kepincangan Felda yang mendatangkan rasa tidak puas hati peneroka selama ini dan akan terus diperjuangkan agar hak-hak mereka sebagai peneroka akan dikembalikan.
"Kesimpulannya, penyelewengan Felda terlalu banyak dan kes ini kita boleh jadikan sandaran di masa akan datang supaya peneroka terus bangkit dan berani memperjuangkan nasib mereka yang ditindas.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment