Kampung Balun yang terletak di pesisir pekan Slim River di barisi ramai penjinak kelah. Sebahagian daripada mereka layak digelar nelayan di sungai tersebut. Salah seorang yang di kagumi kebolehannnya ialah Sdr Lan (Pak Lang Lan Balun), bapa saudara kepada Juragan Nizam Balun. Kuah tumpah ke nasi, begitulah kata bidalan. Gambar yang saya paparkan ini adalah anak kepada Sdr. Lan(sepupu Juragan Nizam Balun) yang berjaya mendaratkan kelah seberat 5 kg. di sungai Slim. Ramai yang tidak menyangka sungai yang airnya keruh dan agak tohor masih dihuni spesis yang bernilai di kalangan kaki pancing ini. Ini bukanlah kali pertama keluarga ini mendaratkan ikan bersaiz mega . Sebelum ini Sdr. Lan Balun pernah memperolehi tangkapan kelah seberat hampir 7 kg. di sungai yang sama.Leman, anak Sdr. Lan Balun beraksi dengan kelah seberat 5 kg.
Aktiviti dilakukan secara aktif selepas pulang daripada Kem PLKN bagi mewarisi kebolehan bapanya yang mungkin bersara akibat dimamah usia.
Gambar ini dikirimkan oleh majikan saya En. Sulaiman b. Nordin pagi tadi, setibanya di tempat kerja. Sdr. Lan Balun adalah jiran majikan saya.
Dicatat oleh Tokan
1 comment:
Salam..
teman ada banyak sejarah kat sg slim nie.. kat sg balun lagi banyak sejarah!!
Nyaris2 maut pun ada di sg slim ni..
Tak sangka pulak ada ikan saiz2 jumbo kat situ!!
Apa2 hal pun..
Hidup Balun!! wakakaka!
Post a Comment