32 anggota polis KL terlibat dadah
KUALA LUMPUR 28 Julai - Seramai 32 anggota polis dari kontinjen Kuala Lumpur ditahan kerana terlibat dalam kancah penyalahgunaan dadah sejak Januari tahun ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata enam dari mereka telah ditamatkan perkhidmatan manakala yang lain telah digantung kerja sementara menunggu tarikh perbicaraan.
"Kami tidak berkompromi dengan mana-mana anggota mahupun pegawai yang terlibat dalam najis dadah dan tidak teragak-agak untuk menamatkan perkhidmatan mereka meskipun telah berkhidmat lama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.
Muhammad Sabtu berkata kebanyakan anggota yang ditahan baru berkhidmat dengan pasukan polis tetapi ada juga yang telah berkhidmat selama 30 tahun.
Beliau berkata ujian saringan air kencing kini dijalankan di setiap balai pada setiap hari terutamanya apabila ada anggota yang dilihat dalam keadaan mencurigakan dan disyaki mengambil dadah.
"Diingatkan juga, adalah menjadi kesalahan bagi warga polis jika mengunjungi pusat hiburan untuk berhibur selain dari atas sebab tugasan seperti serbuan atau tujuan risikan dengan mendapat arahan dari pihak atasan,” katanya.
Beliau berkata anggota polis yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah boleh menyerah diri pada Agensi Anti Dadah Kebangsaan untuk mendapatkan rawatan. - Bernama
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment