KUALA LUMPUR 28 Jun - Industri perikanan negara mengalami kerugian sekitar RM1 bilion setahun akibat pencerobohan nelayan asing, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom.
Beliau berkata, walaupun jumlah kerugian sebenar akibat tindakan itu tidak diketahui dengan tepat, jumlah yang dinyatakan adalah berdasarkan rekod dan pemerhatian Jabatan Perikanan serta laporan daripada nelayan tempatan.
Bagi mengatasi isu pencerobohan nelayan asing yang merugikan negara, kerajaan mempertingkatkan pengawasan di laut dan udara dengan penglibatan pelbagai agensi penguatkuasaan maritim negara, katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) mengenai jumlah kerugian yang dialami industri pertanian negara akibat penangkapan ikan secara haram daripada kapal nelayan asing yang tidak berdaftar.
Mohd. Johari berkata, selain operasi bersama melibatkan agensi penguatkuasaan yang dijalankan empat kali setahun, kementerian juga bekerjasama dengan pihak yang mengendalikan pelantar minyak dan nelayan tempatan untuk mendapatkan maklumat mengenai penglihatan dan pencerobohan kapal nelayan asing. - Bernama
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
1 comment:
Kenapa rugi? kerajaan bagi lesen laut dlm pada kroni, kroni sewakan pada nelayan thailand RM3000 sebulan satu lesen...... kroni dapat sampai 30 lesen.
Nelayan thailand beli lesen, pukat ikan kat perairan malaysia, dapat ikan punggah kat jetty diaorang. lepas tu diaorg jual balik ikan kat malaysia.
Nelayan thailand dapat dua kali untung, pertama dapat tangkap ikan kat malaysia, ke-2 dapat subsidi diesel malaysia. Nelayan Thai ni otak geliga, diaorang punya tong minyak diesel diaorg modified, satu but tangki sebesar lorry tangki 40 kaki, rege subsidi, dia keluar laut tapi pusing masuk jeti kat thailand, jual minyak tu balik kat thailand, sapa bodoh???
Post a Comment