Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, June 10, 2010

SEKALI TIGA JADI SEJARAH


Perasmian tiga sayap PAS cetus sejarah tersendiri!

KOTA BHARU, 9 Jun - Buat julung kalinya, PAS menempa sejarah tersendiri apabila Muktamar tahunan ketiga-tiga sayap parti itu, Dewan Pemuda, Ulama dan Muslimat dirasmikan secara serentak oleh Mursidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Perasmian muktamar ketiga-tiga dewan dilangsungkan di Pusat Tarbiyyah Islam Kelantan 9Putik) dekat sini dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan Unit Amal dan Nisa oleh Tok Guru Nik Aziz.
Beliau diiringi Setiausaha Agung, Dato' Mustafa Ali, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Timbalan Ketua Ulama, Dato' Ahmad Yaakob dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah salleh.
Turut hadir, Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man; saf kepimpinan pemuda, ulama dan muslimat, pemerhati dan NGO-NGO serta jemputan.
Tepat jam 9.00 malam, barisan kepimpinan tiga dewan mengambil tempat berbaris dihadapan perkarangan Putik bagi menanti kehadiran Tok Guru Nik Aziz.
Jam 9.35 malam, Tok Guru dan ketua-ketua dewan memasuki dewan persidangan Putik dengan diiringi selawat dan hadirin yang berdiri bagi memberi penghormatan kepada tetamu VIP.
Perasmian dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu tema PAS, seusai nyanyian, perwakilan diperdengarkan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Qariah jemputan, Abdul Bari Abdullah.
Majlis diteruskan dengan ucapan aluan setiausaha Agung yang juga pengerusi pengelola Muktamar PAS ke-56 yang akan berlangsung hingga ahad ini.

Berbaju melayu gelap, bersongkok bekas Ahli Parlimen Dungun memberikan penghargaan kepada jawatankuasa panitia dan Kelantan sebagai tuan rumah kepada muktamar kali ini.

Mustafa mengalu-alukan kehadiran Tok Guru yang sudi merasmikan muktamar dewan-dewan yang mencipta sejarahnya tersendiri.Himpunan Tiga dewan ini kata Mustafa belum pernah dibuat sekali sebagaimana malam ini.
"Ia kali pertama perwakilan dari seluruh dewan tidak lagi wakili negeri-negeri tetapi kawasan-kawasan yang bererti lebih ramai perwakilan dari ulama, pemuda dan muslimat, ini ruang yang berikan suatu pendedahan dan peluang sama-sama berikan pandangan mereka," katanya.
Walaupun pada tahun 1982 pemuda buat muktamar berasingan dari muktamar penuh PAS, tetapi hasilnya ia pencetus kepada wujudnya konsep kepimpinan ulama yang memandu kepimpinan PAS hari ini, katanya.

Seterusnya perwakilan dari seluruh negara akan ambil bahagian dan esok, ketua-ketua dewan sampaikan ucapan mereka kepada dewan masing-masing, katanya.

Kali ini juga sejarah tercipta dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS menghadiri muktamar secara rasmi menjadi peserta dan pemerhati rasmi, katanya.

"Ini idea 50 tahun lalu oleh Ustaz Zulkifli Mohammad bagi menjadikan bukan Islam mewakili dan menyertai PAs," katanya.

Mustafa berkongsi kisah-kisah lalu mengenai perjuangan PAS dengan dewan-dewan sebagai tunjangnya dan sumber tenaga penggerak perjuangan.

Beliau juga menyatakan bahawa Umno hari ini sudah menuju hari tuanya, sementara PAS pula melalui proses kemudaannya.

Mustafa sekali lagi melahirkan rasa syukur dengan perasmian yang berjalan lancar dan memberikan penghargaannya kepada Tok Guru selaku Menteri Besar yang berjaya mempertahankan pemerintahan selama 20 tahun sejak 1990.

Beliau mengharapkan muktamar kali ini diselesaikan dengan jayanya.

Seusai ucapan Setiausaha Agung, Tok Guru pula mengambil tempatnya untuk merasmikan muktamar dengan diiringi laungan takbir oleh perwakilan dan pemerhati.

Tepat jam 10.06 malam, Tok Guru memulakan ucapannya dengan sepotong ayat al-Quran mengenai persoalan keadilan dalam melaksanakan hukuman dan kebertanggungjawaban terhadap amanah.

Beliau mengalu-alukan kehadiran ketua-ketua dewan dan saf kepimpinannya, selain perwakilan yang turur serta dalam perasmian muktamar dewan-dewan.

Dalam ucapannya, Tok Guru mengingatkan amanah tugas sebagai seorang manusia kepada Allah dengan memetik beberapa potong ayat al-Quran.

Beliau turut mengingatkan bahawa perjuangan PAS adalah warisan para ambia sejak dahulu, dan perjuangan ini akan diteruskan kepada waris kemudian.

Tok Guru Nik Aziz berkata, PAS sebagai sebuah parti politik yang berdakwah, masuk bertanding dalam pilihan raya, dan berdakwah untuk menegakkan syiar Islam.

Dalam menyertai pilihan raya, PAS pernah bersendirian sementara pernah juga masuk bergabung dengan Perikatan pada tahun 1973 melalui kerajaan perpaduan, katanya.

"Rupanya ia adalah perangkap kepada PAS, kita sertai BN kerana perpaduan tetapi oleh kerana itu PAS hampir-hampir ranap dan kehilangan Kelantan pada tahun 1979, saya rakam bukan ungkit luka lama berdarah kembali tetapi ia pengajaran kepada perjuangan, Umno/BN rakan yang tak setia,"katanya.
Selepas keluar BN, PAS sendirian, dan berkat kegigihan dengan kepimpinan Ulamanya dengan tarbiyah yang mengukuhkan kepimpinan seluruh entiti dalam PAS, dan pakatan dengan semnagat 46 akhirnya menang di Kelantan semula pada tahun 1990, sementara 1999 dengan Barisan Alternatif berjaya dengan merampas Terengganu.
Sementara tahun 2008, PAS kuat dengan kerjasama dengan DAP dan KeADILan yang menguatkan kembali akhirnya beberapa negeri berjaya dirampas dari Umno/BN.
"Pakatan itu bersama tugas dakwah, rakan kita madhu kita" katanya.
Beliau juga menamsilkan kebobrokan kepimpinan Umno/BN, sementara solusinya ialah Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara pada pilihan raya umum ke-13 dengan aspirasi kemenangan pada 2008.
Beliau juga mahu PAS bergerak aktif dengan menyuburkan sanubari rakyat dengan iman dan takwa agar hati rakyat tidak mati.

No comments: