SELEPAS DITEGUR SPRM
PEMBETULAN KENYATAAN AKHBAR MENGENAI 41% PENJAWAT AWAM TERLIBAT RASUAH
3/6/2010
Merujuk pada kenyataan akhbar Bernama pada 2 jun 2010 yang telah diadakan sidang media di Majlis taklimat kepada Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja JKR & Air Semenanjung Malaysia cawangan Temerloh Pahang ingin membetulkan kenyataan tersebut. Penjawat Awam bukan 41% penjawat awam terbabit dengan Rasuah. Berikut ini maklumat yang di terima oleh Tuan Hj Omar Osman Presiden Cuepacs dari SPRM
1 . Tahun 2007 tangkapan SPRM keseluruhan berjumlah 591 orang. Penjawat awam yang terlibat 303 (51%)
2. Tahun 2008 tangkapan SPRM keseluruhan berjumlah 605 orang. Penjawat awam yang terlibat 265 (47%)
3. Tahun 2009 tangkapan SPRM keseluruhan berjumlah 500 orang. Penjawat awam yang terlibat 194 (39%)
Mengikut maklumat yang diterima dari SPRM menunjukan penurunan penjawat awam yang terlibat dengan rasuah. Ini menunjukan kesedaran dari kempen- kempen yang telah dijalankan. Menampakan peratus intgriti penjawat awam bertambah baik.
SEBELUM SPRM TEGUR.
41 PERATUS PENJAWAT AWAM TERLIBAT RASUAH
Bernama
2/6/2010
TEMERLOH - Seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah sepanjang tahun lalu.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata, jumlah itu adalah membimbangkan dan harus ditangani segera.Bagi menangani masalah itu, katanya, Cuepacs akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mereka terbabit dengan aktiviti rasuah diambil tindakan dan diheret ke muka pengadilan."Kita mahu memerangi rasuah dalam kalangan penjawat awam dan membuat laporan kepada SPRM terhadap pihak cuba menyogokkan rasuah kepada penjawat awam."Cuepacs tidak akan berkompromi atau bertolak ansur dengan melindungi mana-mana penjawat awam dengan gejala ini yang boleh menjejaskan pembangunan negara," katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat Agung ke-8 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Jabatan Kerja Raya dan Air Cawangan Temerloh di sini, hari ini.-
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment