PIMPINAN UMNO SELANGOR BANKRAP IDEA !
aziz ishak seorang pejuang marhaen. dia membawa idelisme perjuangan rakyat, rakyat yang hidupnya merempat mahu dibela.
prolitariat aziz ishak adalah bersifat menyeluruh, melayu-melayu yang susah dibantu selagi mampu. era 1950 dan 1960an idealisme perjuangan sosialisme,komunisme,libealisme,fasisme cukup menghantui ide demokrasi. pasca perang dunia pertama dan kedua, dua pertembungan ide muncul. perang dingin mewakili 2 negara besar mentor perjuangan haluan berbeda ini.
namun jangan di salah anggap aziz ishak seoerang pendokong antai demokrasi. dia sekadar memperjuangkan hak bangsa melayu. itu sahaja. bangsa melayu yang bekerja sebagai nelayan,petani,pesawah semuanya dibantu.
aziz ishak dilantik menjadi ketua umno negeri selangor yang pertama, selepas tunku memulakan inisiatif penubuhan keanggotaan umno di setiap negeri. aziz ishak bertapak selepas beliau keluar daripada parti IMP yang di asaskan oleh onn jaafar.semasa kegawatan malayan union, aziz ishak bergerak di atas platform gerakan angkatan pemuda melayu malaya.
1953 aziz ishak memulakan langkah besar perjuangannya. dia dilantik menjadi menteri pertanian dan syarikat kerjasama dalam kabinet tunku. selama hampir 10 tahun , aziz menjuarai perjuangan rakyat,memperjuangkan nasib bangsa melayu yang cukup sempit dan susah.
ide-ide pembukaan tanah-tanah baru pertanian dicanang,pembukaan tali air dan yang paling terkenal pembinaan empangan sungai muda di kedah telah melonjakkan imej negara untuk menjadi sebagai pengeluar beras terutama di rantau asean.
aziz ishak dan tunku punyai dua watak berbeda.seorang pejuang marhaen yang mementingkan perut rakyat manakala tunku masih terus berwatak anak istana yang super britishnya.
pertembungan mereka bermula apabila aziz ishak mengusulkan satu lagi projek membantu bangsa melayu, iaitu pembinaan kilang baja urea dan kertas di negeri sembilan. asas pembinaan kilang besar baja ini adalah untuk mematikan secara terus pengharapan secara langsung bangsa melayu (petani) terhadap syarikat british yang memonopoli perniagaan penting ini.
tunku menolak permintaan ini.aziz ishak membidas maka terjadi persegeseran berbulan-bulan antara perdana menteri dan pak menteri.. klimaks persengketaan dua darajat ini berlaku semasa persidangan agun umno tahun 1962.
aziz ishak dimalukan oleh para penjilat memanda menteri. ada perwakilan mahukan aziz ishak dipecat dari umno dengan talak tiga. akhirnya aziz mengalah.berundur secara terhormat kerana yakin pada perjuangan protaliat nya. aziz ishak digantikan dengan khir johari.
10 oktober 1962 tunku mengambil kata putus. aziz ishak yang bertahun-tahun coba mengenyangkan perut-perut kempis kelaparan bangsa melayu akhirnya dipecat.
hanya kerana cadangan membina kilang baja urea dan kertas ditolak, aziz ishak ditendang. aziz ishak mahu menutup ruang monopoli syarikat-syarikat british di tanah melayu. sayang cita-citanya tidak kesampaian. tunku mendengar cakap mat saleh keparat.
1962 dan 2010 merupakan satu tempoh yang panjang.42 tahun perbezaannya.
walaupun kita telah meninggalkan jauh tahun 1962,namun ide perjuangan rakyat yang dilakukan oleh aziz ishak punyai kelasnya yang tersendiri.
aziz ishak tidak seperti pemimpin umno selangor yang ada sekarang. apa tarafnya untuk kita membezakan perjuangan aziz ishak dengan shukor ketua penerangan umno selangor,satim diman yang kaki golf atau ketua pemuda umno paling hancur suhaimi ghazali.
tiada layak untuk membezakan antara perjuangan marhaen dengan pemimpin pemalas.
aziz ishak dizamannya tiada internet,tiada boradband,tiada laptop,tiada hp,tiada harrier,tiada sms,tiada email,mobil tiada penghawa dingin.
tetapi aziz ishak mampu menggarap dasar perjuangan rakyat untuk dilaksanakan sebagai proses modenisasi rakyat marhaen.
ini contoh kepala otak pemimpin umno selangor dulu, 42 tahun yang lepas.
bagaimana pemimpin umno sekarang ? kosong,beku,lemah,baku,kaku,lesu,tiada progresif,mati idea,tidak proaktif,tidak pragmatik,otak feudal,tiada pembaharuan ide,penakut,tidak berani dan pemalas.
bulan 3 yang lepas aku dengar ceramah shukor,ketua penerangan umno selangor.di majlis anjuran umno subang. dia cakap tentang jasanya pada setiap jumaat memberikan beras kepada penduduk kuang.
semalam dalam akhbar utusan dia bercerita tentang hal yang sama.saya bagi beras.
setakat ini sahajakah ide penetrasi ketua penerangan umno untuk menyakinkan rakyat bahawa pakatan haram selangor harus ditumbangkan ?
bagi beras sekadar perlaksanaan tugas yb. mana pergi tugas shukor untuk melanyak pakatan di setiap rumah pada setiap daerah di selangor ?kosong.
satim diman lagi hancor. dia banyak turun padang, tapi dia salah tafsir makna padang. dia turun ke padang golf,bukan padang kepada rakyat marhaen.
ketua pemuda umno selangor,suhaimi ? aku istigrfar banyak-banyak.
sayang,lubok kelemahan pakatan selangor terlalu banyak. tapi player yang ada dalam pimpinan umno selangor adalah manifestasi kepimpinan GAGAL.
umno jangan bermimpi untuk merampas selangor pada pru ke 13,jika masih ada segelintir pemimpin lemah mengetuai jentera di selangor.
shukor,satim dan suhaimi ,sungguh memalukan
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment