JKR akui pereka bentuk tidak lawat tapak
KULIM 9 Jun - Jabatan Kerja Raya (JKR) mengakui ramai kalangan pereka bentuknya tidak melawat tapak projek terlebih dahulu sebelum merangka pelan pembangunan di sesuatu kawasan.
Malah kegiatan itu bukan hanya membabitkan projek kecil-kecilan, sebaliknya turut berlaku dalam projek berskala besar.
Ketua Pengarahnya, Prof. Datuk Seri Ir. Judin Abdul Karim menjelaskan, pihaknya memang menyedari kewujudan perkara berkenaan dan sedia mengatasinya pada masa akan datang.
''Memang sebelum ini, ramai pereka bentuk hanya membuat pelan berlandaskan maklumat yang diperoleh dari segi keluasan dan lokasi projek.
''Kita juga mereka bentuk projek berdasarkan pematuhan syarat-syarat pihak berkuasa tempatan. Jika pihak berkuasa setuju, kita teruskan projek," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa lawatan kerja Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor di tapak projek Kolej Kejururawatan Masyarakat Kulim (KKMK) bernilai RM7.6 juta dekat Taman Seri Kulim di sini hari ini.
Lawatan tersebut diadakan berikutan aduan yang diterima Shaziman mengenai kedudukan kolam dan loji rawatan kumbahan KKMK yang dikatakan berada berdekatan kawasan perumahan penduduk di Taman Seri Kulim.
Keadaan tersebut menimbulkan kesulitan kepada kira-kira 160 keluarga ekoran limpahan air kumbahan dikesan memasuki rumah penduduk khususnya setiap kali hujan lebat dan banjir kilat.
Menurut Judin, pihaknya juga akan memastikan setiap projek yang dirancang sebelum ini dipantau secara rapi bagi mengelakkan timbul kesulitan dan kerugian
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hoh jkr bukan tu je, kekadang kita nak buat bangunan yang speks takde kat malaysia, kena g tengok kat over sea, berbondong deme nak ngikut, sudohnya bila balik rope tu juga baik tak payoh g ngabih boreh je
Post a Comment