Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, June 2, 2010

LEPAS NIE RAMAI BOLEH SAMAN GUNA HANSARD


Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali hari ini memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam samannya itu ahli parlimen Pasir Mas itu menuntut ganti rugi RM2 juta setelah mendakwa MP Machang memfitnahnya dalam sidang parlimen Mac lalu.

Ibrahim mendakwa Saifuddin menuduh beliau memiliki saham dalam syarikat judi atau syarikat lain berkaitan Tan Sri Vincent Tan ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat akhir Mac lalu.

Ibrahim kemudian menuntut supaya Saifuddin dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menuduhnya mempunyai saham dalam syarikat judi.

Beliau juga meminta speaker dewan menyiasat tuduhan tersebut yang didakwa dilakukan Saifuddin ketika perbahasan.

"Dalam hansard 23 Mac, dengan jelas sekali mukasurat 102 yang mana mengatakan... saya (didakwa) pemegang saham Vincent Tan. Ini tuduhan mengelirukan, tuduhan tidak benar dan fitnah sama sekali.”

Bagaimanapun, notis beliau itu ditolak.

1 comment:

bijan said...

ini mesti kes..katak patah kaki...takde katak baru yg lompat..poket raja katak dah kering..kalau ada katak baru boleh juga siraja ragging...nak harap katak pencen macam samykatak mana ada harga..haha haha