Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, June 14, 2010

KISAH TRAGIS DI KG ISTERI TEMAN




Sedih mendengar dan melihat di media berkenaan kemalangan maut yang mengorbankan 6 bersaudara yang melibatkan keluarga Encik Mansur dari Blok 21 Felda Keratong 2 benar-benar mengharukan. Teman pun lama tak balik ke Keratong 2 blok 19, dan berhampira blok 21 itu.

Kemalangan yang berlaku di Kilometer 76 Jalan Kuantan -Segamat ini mengorbankan Norfaezah Mansur-31,Mohd Saiful Anuar Mansur-14,Nursahera Atikah-13,Norsufeana Atirah-10,Nursuhaila Asirah-8 dan Mohd Shahrul Amil-3....

Perkarangan rumah keluarga mangsa dipenuhi dengan orangramai,jiran tetangga dan saudara-mara menanti ketibaan kesemua jenazah dari Hospital Pekan...Ketibaan jenazah dengan 4 buah kenderaan jenazah terus menjadi perhatian dan suasana pilu amat dirasakan ketika jenazah dibawa masuk ke dalam rumah buat kaum keluarga membuat tatapan terakhir..
Jenazah kemudiannya di bawa ke Masjid Keratong 2 untuk disembahyangkan...

Ditanah perkuburan FELDA kERATONG 2...satu liang besar dengan 6 lahad telah pun siap disediakan oleh petugas yang terdiri daripada generasi muda...

Cuaca yang mendung seakan sama bersedih dengan tragedi ini berterusan disepanjang pengebumian berlangsung.
Hanya ucapan takziah dapat dinyatakan buat keluarga aewah dan semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin...

No comments: