
Khir Toyo Berbohong Lagi!
Artikel Khir Toyo yang terbaru menyatakan:
” Ini jauh berbeza dengan zaman BN dahulu di mana kita hanya membenarkan perlombongan pasir atas tanah persendirian tetapi mampu mengutip sekitar RM 22 juta setahun.”
Izinkan saya bertanya Dato Khir: Siapakah yang Dato Khir hendak tipu?
Jadual di atas adalah kesimpulan maklumat yang didapati dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) berkaitan pengumpulan royalti pasir dari tahun 2006 ke 20010 (Mei):
Saya cabar Khir Toyo menafikan maklumat di atas!!!
Sesungguhnya maklumat di atas diambil dari laporan PTGS yang telah dibentangkan kepada SELCAT sewaktu prosiding SELCAT berkaitan operasi KSSB baru-baru ini.
Khir sebenarnya yang perlu menjawab mengapa pengumpulan royalti pada zaman beliau memerintah amat rendah berbanding setelah Kerajaan Negeri mengambil alih pemerintahan. Hakikatnya, pengumpulan royalti JAUUHHH lebih tinggi di zaman Pakatan Rakyat berbanding zaman UMNO/Khir Toyo memerintah
Butiran lanjut
No comments:
Post a Comment