Pertamanya Ketua Pakatan Rakyat harus beri taklimat dan kata-kata hikmat sebaiknya 6 bulan sekali bagi menyegarkan semangat perjuangan wakil rakyat di kalangan Pakatan Rakyat. Kita maklum gangguan dan cucukan UMNO/BN bagi memancing dan memporakperandakan Pakatan Rakyat sentiasa berterusan. Pastikan mereka diberi peringatan dan nasihat dan harap Ketua Pakatan Rakyat mendengar segala masalah dan keluhan mereka dan cuba selesaikan supaya lompat atau keluar parti tidak berulang.
Pada wakil rakyat yang diugut sila berterus terang pada Ketua Pakatan Rakyat agar semua sedar dan bersedia melawan tohmahan dan ugutan yang timbul.
Kisah yang tidak berkaitan dengan RM20 Juta itu berkisar dan diwarnai dengan Komplot, Curi dan Peras Ugut, malah jumlah yang dikatakan terlibat juga tidaklah mencecah jutaan Ringgit.
Dan seperti biasa yang dituduh sebagai dalangnya ialah UMNO.
Kisah ini telah diceritakan oleh A. Sivanesan ADUN Sungkai yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak dan juga Ahli Parlimen Ipoh Barat M . Kulasegaran.
Kisah dikatakan bermula dengan kehilangan RM45,000.00 dari Firma Guaman yang dimiliki oleh Keshvinder Singh, ADUN Malim Nawar dari DAP yang telah mengumumkan keluar Parti menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN tengah hari tadi.
Walaupun Keshvinder menafikan UMNO sebagai dalang tindakannya itu, Timbalan Pengerusi DAP Perak A Sivanesan telah mendakwa sebaliknya.
Menurut ADUN Sungkai itu, Keshvinder telah menceritakan kepadanya hal kehilangan RM45,000.00 itu kepadanya ketika mereka berjumpa sekitar tiga minggu yang lalu.
Keshvinder telah menceritakan kepada Sivanesan bahawa salah satu seorang kakitangan yang bertugas di Firma Guamannya telah menggelapkan RM45, 000 wang pelanggannya dan dia sedang cuba untuk menyelesaikannya.
Malangnya sebelum Keshvinder menyelesaikan isu itu berita penyelewangan itu telah sampai kepada pihak UMNO.
Apabila pihak UMNO mendapat tahu hal itu , mereka mula menekan Keshvinder menggunakan isu itu terhadapnya dan dalam menekan mereka juga memujuk Keshvinder agar keluar DAP.
Sivanesan juga telah menyarankan agar Keshvinder membuat laporan polis.
Selain dari menceritakan perkara itu kepada Sivanesan , Keshvinder juga telah mendedahkan perkara ini kepada beberapa pemimpin DAP yang lain termasuk Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran.
Sivanesan juga telah mencabar Keshvinder untuk menyangkal bahawa dia telah menceritakan masaalah ini kepadanya dan beberapa pemimpin DAP yang lain.
Kulasegaran telah mengesahkan hal ini dengan menambah dan mendakwa bahawa kakitangan Keshvinder yang dipercayai telah menggelapkan wang RM45,000.00 itu dan melarikan diri mempunyai hubungan dengan UMNO.
Keshvinder telah menceritakan kepada Kulasegaran kakitangannya yang dikatakan mempunyai hubungan dengan UMNO itu , bukan saja telah melarikan wang pelanggannya malahan juga telah melarikan bersamanya resit pelanggannya.
Keshvinder bimbang kerana resit itu boleh digunakan untuk menentangnya , Kulasegaran juga telah menyarankan agar Keshvinder untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.
“ Kami bimbang akan sesuatu yang buruk menimpanya bila dia telah hilang kelmarin”
Kulasegaran juga mendesak Keshvinder mengundurkan diri secara terhormat sebagai seorang ADUN memandangkan beliau telah memenangi kerusi itu atas tiket DAP.
Kisah ini telah diperolehi dari SINI
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment