Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, June 28, 2010

IDRIS JALA PERLU DISIASAT ATAS KENYATAAN MALAYSIA AKAN BANGKRAP

Tindakkan kerajaan dan Felda nak saman akhbar suara keadilan dan beberapa induvidu atas isu yang dilaporkan adalah sesuatu tidak kena pada tempatnya.
Pakatan Rakyat melalui Akhbar Keadilan cuma mahu membela rakyat FELDA terutamanya serta mahu peneroka sedar hak mereka dan butiran FELDA yang berkait dengan mereka. Akhbar Keadilan mahu segera disiasat FELDA dan pengurusan kewangannya kerana jika tidak dibendung akan bangkrap.

Jika kenyataan Menteri Idris Jala mengenai Malaysia akan bangkrap samalah dengan kenyataan Akhbar Keadilan yang ingin memberitahu bahawa bahayanya pengurusan FELDA yang boleh bangkrapkan FELDA jika perbelanjaan wang felda sehingga rizab tunai merosot begitu teruk sekali. Kalau dibandingkan tentu kenyataan bangkrap Idris Jala lagi bahaya dan menghasutkan lebih-lebih lagi memburukkan nama Negara malaysia dan melibatkan satu negara berbanding kenyataan akhbar Keadilan bahawa FELDA akan bangkrap. Sedemikian eloklah pihak Pakatan Rakyat membalas saman dan pihak Polis juga harus memanggil Idris Jala supaya memberi penjelasan terutama kenyataannya tidak selari dengan kenyataan PM sendiri.

Rakyat dan individu yang pembaca blog harus mengetahui semenjak 2004 hingga 2009 benarkah FELDA tak menerima apa apa bayaran kedalam akaun felda?

Kegagalan kerajaan memberi penjelasan memerlukan satu siasatan menyeluruh yang dikendalikan olih suatu jawatankuasa siasatan bebas dibawah Parlimen Malaysia perlu dibentuk dengan segera demi untuk menyelamat institusi felda yang dibangunkan atas keringat dan tulang empat kerat peneroka.

No comments: