Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, June 1, 2010

HANTAR MEREKA INI KE PUSAT PEMANTAPAN ISLAM DI BAWAH JABATAN AGAMA ISLAM

Ringkasnya , mereka-mereka atau individu-individu yang setuju dengan judi bola yang diluluskan Kerajaan BN melalui Timbalan Menteri Kewangan dan membuat pelbagai alasan maka elok benor dan wajar diajar semula asas Islam di pusat-pusat Pemantapan Islam yang pernah digunakan untuk mentarbiah individu atau kumpulan ajaran sesat selama ini.

PERMATANG PAUH, 1 Jun: Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hasan meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah menunjukkan kejahilan yang tinggi kepada bukan Islam berhubung lesen perjudian.

Beliau juga menggesa Arif Shah memohon maaf kepada semua umat Islam Pulau Pinang kerana menolak pengharaman judi yang ditetapkan dalam Islam dengan beranggapan apa yang dinyatakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng hanya 'cakap politik' berhubung judi bola.

Jelasnya, isu itu bukan isu politik sebaliknya berkaitan dengan Islam yang mengharamkan judi, maka tiada alasan lain dibolehkan walaupun ia diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Adun Seberang Jaya nampak begitu jahil tentang isu ini dan sanggup pula menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang main politik bila mengeluarkan kenyataan beliau sanggup ke penjara sekiranya arahan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini agar tidak mengeluarkan lesen judi itu bertentangan dengan undang-undang," ujar Omar.

Katanya, sebagai seorang Islam, Adun berkenaan patut malu apabila pemimpin bukan Islam pula mengeluarkan kenyataan demikian rupa dan bertepatan dengan apa yang diharamkan oleh Islam sendiri.

Tambahan lagi, usaha tersebut memang harus dipuji oleh banyak pihak berikutan hasratnya menjadikan Pulau Pinang selari dengan pemerintahan Khalifah Omar Abdul Aziz yang walaupun tidak lama memerintah namun berjaya memartabatkan Islam dengan begitu tinggi.

"Jangan tunjukan kejahilan yang tinggi pada bukan Islam apabila berusaha mengampu pemimpin BN, Datuk Seri Najib Razak yang telah melulusan lesen perjudian kononnya untuk menghindarkan perjudian haram ketika bola sepak Piala Dunia di Afrika Selatan beberapa hari lagi," katanya.

Tegasnya, PAS Permatang Pauh bukan sahaja mendesak pengharaman judi bola malahan semua perjudian yang menjadi amalan negara ini.

Kewujudan pusat perjudian, tegas beliau, bukan menyelamatkan manusia daripada keganasan bahkan menghidupkan suasana berkecamuk dalam masyarakat.

Adun Seberang Jaya itu juga diingatkan selalu membaca Al-Quran dan mengambil pengertian ayat 90, surah al-Maidah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah kotor dan keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.

No comments: