Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, June 24, 2010

BAHAYANYA MALAYSIA BILA UMNO BANGKIT




MB Pahang berkhidmat cemerlang, gemilang dan terbilang dan ditambah kaki temberang ini patut dikekalkan lagi, lagi lama lagi baik kalau boleh biar selama-lamanya
lagipun bukan ada orang lain yang layak menggantinya.


DS Najib telah 'memalu gendang perang'. DS Najib telah memberi isyarat kepada BN dan UMNO supaya menyerangbalas pembangkang yang selama ini menyerang BN / UMNO bertubi-tubi dengan segala macam persepsi.
Komen : Macamlah pembangkang banyak jentera macam UMNO. Padahal selama ini UMNO/BN sentiasa menyerang pembangkang , tak kira siang atau malam dan tidak kira negeri tu dah ditadbir dan dimenangi oleh pembangkang (Contoh Negeri Perak).
Memang wajar DS Najib meminta BN /UMNO menyerang balas kerana peperangan bukan berpada hanya dengan bertahan semata-mata. Sekuat mana pertahanan jika diserang bertalu-talu akan goyah juga akhirnya. Kerana itu menyerang balas sangat wajar supaya penyerang juga terpaksa memikirkan tentang pertahanan mereka dan tidak menumpu segala tenaga dan kekuatan terhadap serangan semata-mata. Ini akan menumpulkan serangan mereka.
Dengarnya ramai yang tidak yakin bahawa UMNO telah mendengar isyarat dari DS Najib itu dengan jelas. Kerana itu ramai ahli UMNO dan komponen BN yang lain tidak yakin bahawa UMNO mampu menyerang balas kerana UMNO masih leka dan lena dan memang bermasalah serta berasuah .

Ramai blogger & ahli UMNO mengingatkan DS Najib agar berhati-hati, bukan terhadap musuh tetapi terhadap bala tenteranya sendiri iaitu UMNO sendiri. Pemimpin UMNO peringkat negeri-negeri dan bahagian-bahagian bukan semuanya pejuang sebenar dan bukanlah dari mereka yang berani. Kebanyakan mereka hanyalah' penjilat' semata-mata. Pengampu. Mereka tidak berani kedepan dalam perperangan namun akan tiba-tiba muncul apabila sudah mencapai kemenangan.

Mampukan serangan ini dilakukan UMNO / BN kerana blogger-blogger pro kerajaan yang dulunya setia dan gagah membantu sudah kurang bersemangat akibat mereka tidak hargai bahkan ada pemimpin yang menganggap mereka dari kalangan 'goblok'. Hendak berharap kepada blogger UMB (Unit Media Baru) Pemuda UMNO, nampaknya mereka ini hanya lebih kelihatan sebagai tentera upahan yang tiada semangat juang. Tiada upah jadi sampah.

UMB Pahang dikatakan dalam keadaan yang 'stabil tetapi kritikal', 'kritikan tetapi stabil' - meminjam kata-kata MB Pahang ketika mengulas keadaan kesihatan ADUN Kerdau tidak lama dulu.
Lagi pun Kerajaan UMNO Pahang kununnya dalam keadaan gagah dan perkasa yang tidak ada tolok bandingnya dan mungkin sukar ditawan oleh Pakatan rakyat. MB dan exconya dikatakan kununya berkerja keras siang dan malam sehingga lupa tidur, makan dan minum untuk menjaga kepentingan rakyat. Pejabat-pejabat ADUN semuanya dibuka lebih 24 jam dengan perkhidmatan tidak henti kepada semua rakyat.
Hartabenda kerajaan dan rakyat dijaga dengan baik sekali." Sudah tidak ada lagi pembalakan haram dan penerokaan tanah haram di negeri Pahang".

No comments: