Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Pengerusi BN terus kebengongan bila gagal menangani masalah komponen BN di mana Presiden PPP Kayveas melahirkan rasa bingung mengapa Datuk T. Murugiah masih dikekalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam senarai Kabinet barunya.
Walaupun semua pihak dalam PPP memahami isu pelantikan adalah hak mutlak Perdana Menteri, tetapi persoalan tersebut timbul kerana Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu telah lama dipecat daripada parti berkenaan, ujarnya.
"Ramai ahli tertanya-tanya mengapa masih dikekalkan kerana Murugiah bukan lagi ahli PPP? Apakah beliau telah menganggotai parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain atau ada sebab tertentu.
Tambahnya, tiada siapa ingin mengekalkan individu yang tidak mampu menjadi seorang pengikut yang baik seperti Murugiah, selain sanggup merosakkan parti yang selama ini mendokong beliau sehingga bergelar timbalan menteri.
"Seseorang yang tidak mampu menjadi pengikut yang baik tidak mungkin boleh menjadi seorang ketua atau pemimpin yang bagus. Jadi bagaimana orang seperti ini hendak dikekalkan lagi selepas tempohnya (senator) tamat," jelasnya.
"Mereka bukan berniat untuk mempersoalkan hak mutlak Perdana Menteri tetapi ingin tahu atas dasar apa Murugiah perlu dikekalkan lagi," katanya ketika ditemui pada majlis angkat sumpah tiga ahli Dewan Negara yang baru di Parlimen di sini hari ini.
Kayveas diminta mengulas mengenai keputusan Perdana Menteri mengekalkan kedudukan Murugiah dalam rombakan Kabinet baru tetapi menggugurkan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng.
Rombakan Kabinet baru turut menyaksikan Perdana Menteri melantik seorang lagi wakil PPP iaitu Datuk Maglin Dennis D'cruz sebagai Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menjadikan parti komponen BN itu mempunyai dua wakil dalam kerajaan sekarang.
Ditanya sama ada beliau kecewa dengan keputusan yang dibuat Najib itu, Kayveas enggan mengulas tetapi sebaliknya berkata, Perdana Menteri pasti lebih tahu dan mempunyai alasan tersendiri mengenai setiap pelantikan yang dibuat.
"Mungkin ada baiknya juga dengan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri kerana sekarang telah ada dua timbalan menteri daripada PPP. Kita harap perkara ini dikekalkan pada masa hadapan selepas tempoh senator (merujuk kepada Murugiah) tamat," katanya.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Kavyeas berkata, tempoh sah pelantikan Murugiah sebagai senator akan tamat 10 bulan lagi dan beliau percaya selepas tarikh tersebut, jawatan Murugiah sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan diganti dengan wakil PPP yang lain.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment