
Mahasiswa 21 tahun berhak berpolitik
KUALA LUMPUR, 20 Mei: Pengerusi Pusat Perkembangan Budaya LLG, Datuk Dr. Toh Kin Woon berkata, tindakan 4 orang mahasiswa Sains Politik UKM yang terlibat dalam kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor seharusnya digalakkan dan bukan diambil tindakan oleh pihak Universiti.
Beliau dalam satu kenyataan memberitahu, tindakan empat pelajar tersebut sebenarnya selari dengan Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan semua warganegara yang mencapai umur 21 tahun berhak menyertai politik dan layak mengundi dalam pilihanraya.
"Oleh itu, penyertaan politik ialah satu hak yang sah menurut perlembagaan, tiada sesiapa orang termasuk menteri berkuasa mencabuli hak mereka," katanya.
Empat mahasiswa jurusan Sains Politik UKM iaitu Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai akan didakwa di Mahkamah Universiti UKM atas pertuduhan melakukan kesalahan menyalahi undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ekoran terlibat pada PRK Hulu Selangor.
Selain itu, Kin Woon berkata tindakan keempat-empat mereka juga wajar dipuji kerana berani mempraktikkan hak demokrasi mereka dikala mendapat tekanan dari Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
Menurutnya, kekurangan ruang demokrasi di universiti telah menjadikan ramai mahasiswa tidak prihatin terhadap masyarakat.
Namun empat pelajar UKM tersebut telah membuktikan keprihatinan mereka terhadap Masyarakat.
"Dengan suasana intimidasi dan amaran Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin, 4 orang mahasiswa yang mengikuti kursus politik masih berani mempraktikkan hak demokrasi mereka, tindakan ini harus digalakkan dan mendapat sokongan masyarakat.
"Sebab tindakan mereka menunjukkan pemikiran yang matang, rasa tanggungjawab dan keprihatinan terhadap masyarakat dan pembangunan negara, ” katanya lagi.
Justeru, beliau menggesa Timbalan Canselor UKM Profesor Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin menggugurkan dakwaan terhadap ke empat-empat yang dituduh dan menghentikan prosiding yang dijadual 4 Jun hadapan..
Pusat Perkembangan Budaya LLG juga katanya menyarankan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghormati hak demokrasi mahasiswa yang termaktub di dalam perlembagaan, mengusulkan pemansuhan Auku serta merta.
Khaled katanya juga perlu merancang pelan pembaharuan pendidikan pengajian tinggi jangka masa panjang untuk menunjukkan janji ikhlas beliau dalam peningkatan kualiti IPTA.
3 comments:
Mengapa tidak benarkan mahasiswa berpolitik?
Takut mereka akan berpihak kepada pembangkang bukan kepada parti Umno-BN!
Mengapa mereka akan menyokong pembangkang dan tidak menyokong Umno-BN?
Mereka tidak suka Umno-BN sebab Umno-BN banyak KEBURUKAN!!!
Simple kan?
Umno-BN dan kangkong pembodek di IPT memang sempit pemikiran!!!
salam,
insafla mahasiswa melayu islam,
jgn termakan pujian tak bererti ni. biarlah mahasiswa dikatakan tidak pandai berpolitik semasa belajar. nama lagi pelajar universiti. mahasiswa bukannya pemimpin politik! kalau iyapun nak berpolitik cari bekalan ilmu biar cukup. jgn jadi pak turut kpd mana2 pihakpun. nanti bila tua, baru nak mengeluh. apa guna giat berpolitik jika ijazah yg di genggam cuma cukup2 makan? bila kaum lain berjaya & mampu berubah menjadi lebih berjaya, kaya & mampu mengubah nasib kaum mereka, graduan melayu menyalahkan semua pihak lain kecuali diri sendiri.
selama belajar, apakah mereka berlaku adil kepada diri sendiri? adakah mereka betul2 berakujanji dgn diri sendiri di hadapan Allah SWT utk mencipta kejayaan agar dapat membebaskan diri & keluarga di kampung dari cengkaman kemiskinan? jika ini tidak ada dlm tekad&azam sepanjang berada universiti, jgn haraplah jurang kemiskinan akan berubah. sampai bila2pun graduan melayu tidak mampu mengubah nasib orang2 melayu yg mengharapakn mereka sebagai mahasiswa melayu!
di saat pelajar2 lain bertungkus lumus mengejar kejayaan semasa menuntut di universiti, mereka yg berjaya ini tidak pernah peduli pada AUKU. bagi mereka AUKU bukan penghalang kepada kejayaan & kecemerlangan mereka. setelah berjaya dgn cemerlang, barulah mereka berkecimpung dlm politik. masa bekerja ni lah kematangan semakin bertambah, tiada sekatan untuk berpolitik & pendapatan sendiripun dah ada, tidak ada halangan utk menyumbang kepada mana2 pihak yg disokong...dah usai belajar, berpolitiklah 24/7 pun tak ada yg melarang.
wahai anak2 mahasiswa melayu islam,
masa belajar ni, penuhilah tanggungjawab sebagai pelajar. tak payahlah memikul beban orang politik kerana ini tidak dapat menjamin kejayaan dlm menuntut ilmu. jgn campur-adukkan kerja yg tidak penting dgn yg lebih afdhal yakni utk mencari ilmu sebanyak mungkin utk menjadikan kita mahasiswa berilmu, bukannya yg pandai berpolitik tetapi pelajaran di universiti kantoi. jarang sangat yg giat berpolitik dlm & luar kampus, gemar berdemonstrasi tersenarai menerima anugerah dekan, anugerah emas canselor & sebagainya. selalunya mereka yg terima anugerah ini ialah mereka yg lebih tumpukan kpd belajar, belajar & belajar di samping mengambil bahagian dlm aktiviti2 kokurikulum yg mampu memperkembangkan sahsiah & jatidiri. tanyalah mereka lagi, kaum manakah mereka ini?
maaf. ini teguran dari org tua yg sayangkan mahasiswa melayu islam sepenuh hati. pengalaman saya melihat mahasiswa melayu islam lebih gemarkan perkara2 yg menjauhkan mereka dari ilmu semasa di universiti - gila berpolitik, berpeleseran, berlagak, kaki plagiat, kaki ponteng kuliah, melawan pensyarah (berdosa melawan guru walaupun kita rasa kita betul. nak tegurpun biar berhemah seperti dianjurkan islam).
belajarlah menerima hakikat walaupun pahit. maaf jika ada yg tersinggung.
pensyarah sambilan
Assalamualaikum
Kepada pensyarah sambilan saya ingin bertanya apa itu ilmu sains politik dan kemasyarakatan dan kemanusian.Dan adakah apa yang diutarakan itu berdasarkan ilmu tadi dan hak-hak rakyat yang terkandung didalam perlembagaaan Malaysia.Sila bagitahu, kerana saya ingin hendak belajar dengan you
Post a Comment