Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, May 19, 2010

TINDAKAN MANIKAVASAGAM WAJAR JADI CONTOH TERBAIK IKUT SALURAN DALAM PARTI KEADILAN RAKYAT

KKSB: Manikavasagam serah pada Anwar

KAPAR, 19 Mei: Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam Sundram menyerahkan kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tindakan susulan berhubung usaha melagakannya dengan Kerajaan Selangor.

Ini berikutan pihak tertentu cuba melaga-lagakan beliau dengan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berhubung Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB).

Beliau dalam satu kenyataan memberitahu telah berbincang dengan Anwar berhubung perkara itu, dan satu siasatan telus dan terperinci akan dijalankan.

"Saya telah berbincang dengan Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau merumuskan bahawa aduan saya akan disiasat secara telus dan terperinci.

"Justeru saya membuat keputusan menyerahkan isu ini kepada Ketua Umum parti untuk tindakan susulan," katanya.

Menurutnya lagi, sejak kebelakangan ini, ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu tersebut dengan cuba melagakan dirinya dengan pucuk pimpinan PKR dan kerajaan Selangor.

"Nasihat saya pada mereka adalah jangan membuang masa dengan menelefon atau berjumpa dengan saya berhubung isu ini," katanya lagi.

Beliau juga menegaskan akan sentiasa bersama pucuk pimpinan parti adan akan taat setia kepada PKR khususnya dalam usaha menentang gejala rasuah.

Semalam, Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) memberitahu akan menyiasat kes itu di bawah Dun Selangor.

Sehubungan itu, satu pendengaran awam akan diadakan di Bilikan Gerakan, Tingkat 2, Bangunan Annex, Dewan Undangan Negeri Selangor pada 2, 3 dan 4 Jun depan, dari jam 10 pagi hingga 1 tengahari.

No comments: