Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, May 26, 2010

TERPAKSA PASAL DAH TERMAKAN BUDI

Bagi teman, Umno-BN tidak berupaya untuk menarik semula tanda halal yang diberikan kepada syarikat Berjaya. Jika ditarik balik bermakna lebih banyak gantirugi atau imbuhan lain terpaksa diberi kepada syarikat Berjaya.

Bukan sesuatu yang rahsia lagi, syarikat milik Berjaya yang menguasai beberapa syarikat judi di negara ini telah banyak menghulurkan 'sedekah' kepada Umno-BN terutama setiap kali pilihanraya. Kalau tidak siapa yang hendak menampung kos pilihanraya Umno-BN yang mencecah ratusan juta ringgit. Nak guna duit UMNO sendiri ,sorilah . Itu belum termasuk lagi 'sedekah' kepada Umno-BN setiap kali berlangsung pilihanraya kecil.

Maka, sebagai ganjaran dan balasan Umno-BN terpaksa mengikut sahaja kehendak dan kemahuan syarikat-syarikat besar yang memiliki pelbagai pusat judi dan pertaruhan untuk terus mengembangkan empayar judi mereka di negara ini. Oleh itu mana mungkin Umno-BN berupaya untuk menarik balik 'sijil halal' ini. Semua ini kerana Umno-BN sudah terlalu lama dan banyak berhutang budi. Maka hutang budi dibalas dengan judi!
Maka untuk memastikan syarikat Berjaya dan syarikat lain terus kekal dengan status 'sijil halal' judi ini maka mereka yang menentang seperti demontrasi besar-besarkan yang dirancang bakal berhadapan tindakan keras daripada pihak berkuasa yang hanya mengikut telunjuk pemimpin Umno-BN.

Ada sumber yang mengatakan Bank-bank juga diminta keluarkan sumbangan untuk pilihanraya dan ganjarannya boleh dinaikkan 'interest' lepas pilihanraya. Dan banyak lagi syarikat kena keluar modal dan Kerajaan Bn terpaksa memberi sumbangan atau ganjaran kemudian.

Rakyat harus bimbang adakah sesuatu telah dirancang dengan misteri penyerahan telaga mintak kepada Brunei dan Tanjung Pagar kepada Singapura? Adakah seseorang dapat untung atau wang panas untuk persediaan Pilihan Raya Umum ke 13 tidak lama lagi?

No comments: