
Gambaran bagi kemenangan DAP yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil (Pr) P.212 Sibu yang diadakan pada 16 Mei 2010. Jadual keputusan jelas menunjukkan kedudukan keputusan PrK secara bandingan dengan pilihan raya umum (PRU 12) . Jadual di atas mempamerkan keputusan pengundian bagi PRK Sibu adalah:
1. Undi BN merosot sebanyak 691 undi
2. Undi DAP bertambah 2,942 undi
3. Perubahan majoriti bagi DAP dari kalah kepada menang 398 undi
4. Pertambahan undi sah sebanyak 1,671 undi atau 1.81 peratus.
5. Petunjuk asas dari PrK Sibu adalah berlaku peningkatan sikap pengundi menolak BN dalam pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
Ringkasnya ucapan syabas pada parti DAP yang mewakili Pakatan Rakyat(PR) kerana dapat menyaingi JENTERA bn yang BESAR dan BANYAK WANG hingga boleh menang.
Ucapan Hampas atau hampeh pada SPR (Suruhan Jaya Pilihanraya) yang meramalkan 80% hadir mengundi tapi akhirnya hanya tak sampai 60% cuma tambahan 1 peratus sahaja.
Mana KPI SPR? Walaupun begitu yang mana kerja SPR yang ok memang ok cuma yang tak ok yang macam membodek BN itu kita akan terusterang cakap tak ok.
No comments:
Post a Comment