Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, May 10, 2010

SEMANGAT ORANG CHINA RASA PRK94 DAH MENYERAP PENGUNDI SIBU P212


Nampaknya habis hasil-mahsyul negara dikorek BN selepas PRK Hulu Selangor yang dinggarkan tidak kurang RM65juta. Kali ini BN sekali lagi berhempas pulas bagai nak rak untuk mempertahankan Parlimen P212 Sibu. Jika gaya aliran pengundi kaum cina di P94 Hulu Selangor jadi sandaran atau contoh benar kepada P212 Sibu, maka BN pasti akan menghadapai kecederaan undian yang sangat teruk.
Mungkin sebab itu, 2,000 orang Polis dihantar walaupun pengundinya cuma kurang sedikit dari jumlah pengundi Hulu Selangor yang seramai 64,000 di hantar hanya 1,000 orang.Mungkin disebabkan keluasan Parlimen Sibu lebih besar dari P94.
Alhamdulillah rakyat orang China di Rasa ,Hulu Selangor telah menyahut seruan Tok

Guru Dato nik Aziz agar terima pemberian,sumbangan atau bantuan dari sesiapa tetapi undi kita sendiri yang tentukan.Ingatlah semua sumbangan atau bantuan dari Kerajaan BN/UMNO ialah wang rakyat.jangan ada rasa termakan budi tapi ingatlah rezeki & pemberian adalah dari Allah yang maha besar dan maha mengetahui.

Yang sebenarnya selepas PRU12 kaum cina sudah pun mengubah haluan nya kepada DAP atau Pakatan Rakyat. Kaum cina sudah anggap BN dikuasai sepenuhnya oleh UMNO. Kaum cina juga sudah anggap UMNO terlalu perkauman. UMNO bertambah parah dengan ujudnya PERKASA.
Sekarang kaum cina sudah ada satu tujuan khasnya, iaitu DAP perlu di 'perkasakan'. Jika DAP sudah perkasa maka dengan mudah mereka boleh bersuara lebih berani dan lantang. DAP sudah mula mendapat tempat dihati kaum bukan melayu di Sabah dan Sarawak.

Mungkin BN terselamat pada PRU12 yang lepas kerana adanya talian hayat undi dari Sabah dan Sarawak. Namun ,kini BN sudah tidak lagi boleh mengharapkan kepada Sabah dan Sarawak lagi untuk menghadapi Pru13 akan datang. Sama-sama kita dan pengundi P212 Sibu akan buktikan pada PRK ini bahawa BN akan tumbang pada PRU13.

No comments: