Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Monday, May 3, 2010
PRESIDEN MCA DIKECEWAKAN 2 KALI OLEH BN
4 CALON ANGKAT SUMPAH TERMASUK RAJA SESUMPAH.MALANGNYA NAMA PRESIDEN MCA TIDAK TERSENARAI. Presiden MCA yang bermasalah ini masih diragui Pengerusi Barisan Nasional DS Najib kerana kes moralnya berkaitan skandal seks.Semasa Presiden MCA ini menjawat Timbalan Presiden MCA sebelum menang jawatan Presiden beliau tidak dilantik sebarang jawatan menteri kerana kes tersebut.Namun bila beliau memenangi jawatan Presiden MCA dengan bergaya tetapi jawatan menteri penuh yang selalu menjadi wajib bagi Presiden tida berjaya diperolehi.Yang dapat panggilan ialah Ezam sesumpah yang kununya berjaya menjadi faktor kemenangan PRK Hulu Selangor tempohari.MCA memang dihina DS Najib.
Sumber Umno mengatakan Ezam kemungkinan akan dilantik sebagai salah seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah porfolio Tan Sri Koh Tsu Koon dan akan bertanggungjawab mengenai NKRA dan KPI.
Lantikan sebagai Senator dan Timbalan Menteri dilihat sebagai satu “habuan politik” setelah membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor dalan pilihan raya kecil Ahad lalu.
Antara tugasan Ezam yang dianggap “berjaya” oleh pimpinan Umno ialah tindakan keluar parti oleh beberapa pimpinan AMK peringkat cabang di Selangor dan Kelantan serta memainkan isu arak terhadap calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim di kawasan majoriti pengundi Melayu di kawasan Felda semasa kempen PRK Hulu Selangor.
Ezam, 42, meletak jawatan sebagai Ketua AMK Pusat yang dipegang beiau sejak 1999 dan juga Ketua Cabang Shah Alam pada Februari 2007 dan keluar KEADILAN pada Jun berikutnya.
Beliau menyertai semula Umno pada 28 Mei 2008 dengan menyerahkan borang keahlian parti kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut dijangka mendapat “hadiah politik” ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel ayang bakal dilantik sebagai Menteri.Palanivel yang merupakan pilihan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu terpaksa memberi laluan kepada calon MIC pilihan Umno, P Kalamanathan setelah mendapat bantahan dan pandangan negatif dari kalangan pimpinan Umno.
Dua lagi Senator baru selain Ezam dan Palanivel ialah Pengerusi Eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.
Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara pada hari Isnin pukul 9 pagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment