PAS mahu rakyat berani membuat perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti bagi memastikan negara ini tidak bankrap. PAS menolak teori Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala yang mendakwa bahawa negara ini akan bankrap jika subsidi tidak dihapuskan dalam tempoh 5 tahun akan datang.
Teori ini sengaja digembar-gemburkan bagi menakutkan rakyat dan memujuk rakyat supaya menerima dasar Kerajaan yang mahu memansuhkan subsidi dan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
PAS melihat bahawa negara ini tidak akan bankrap walaupun rakyat masih diberikan subsidi sekitar RM 20 bilion setahun. Tetapi negara akan bankrap dengan dasar Kerajaan sendiri yang banyak membazirkan wang rakyat dengan penganjuran begitu banyak projek yang tidak memulangkan hasil kepada negara.
Rakyat tertanya-tanya, apakah hasil dari projek IRDA, ECER, NCER, SCORE dan SDC di zaman Tun Abdullah. Berbilion diperuntukan, tapi sejauh manakah projek yang dirancang dilaksanakan dan mendatangkan hasil kepada pendapatan rakyat. Bila Dato’ Seri Najib Tun Razak jadi Perdana Menteri belia sibuk mencipta NKRA dan Model Ekonominya sendiri sedangkan koridor-koridor zaman Pak Lah senyap begitu sahaja.
Rakyat juga hairan bagaimana projek empangan bakun yang banyak kali rugi diberikan secara paksarela kepada Sime Darby Berhad. Dan akhirnya syarikat ini melaporkan kerugiannya sebanyak RM 1.6 bilion dari projek berkenaan dan beberapa projeknya diluar negara. Projek bakun adalah mimpi ngeri Kerajaan BN sejak 30 tahun lalu dan telah dilaksanakan oleh tiga Perdana Menteri.
POS Malaysia juga bakal digadai, kerana melakukan pelaburan yang mendatangkan liabiliti pada negara hingga meningkatkan beban hutangnya kepada RM 227 juta. Inilah bukti kegagalan pengurusan GLC dibawah pentadbiran BN.
Dana-dana KWSP, Perkeso, Tabung Haji, dan pelbagai dana awam dijadikan mangsa bagi membantu pelaburan syarikat-syarikat yang tidak menguntungkan ini.
Rakyat juga tidak lupa bagaimana Kerajaan Najib dengan curangnya menyerahkan dua telaga minyak bernilai RM 320 bilion kepada Brunei. Inilah hasil negara yang jelas diambil mudah oleh Kerajaan yang tidak serius mengurus sumber dan pelaburan negara. Dengan simpanan minyak RM 320 bilion ditelaga blok L dan M rakyat masih mampu menikmati harga minyak yang rendah.
Pengakuan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan bahawa negara juga rugi RM 10 bilion setahun kerana rasuah membukti kegagalan pengurusan kerajaan. Jika perkara ini dapat dibendung, separuh dana subsidi telah berjaya diselamatkan. Tetapi isu rasuah ini membusuk dari kepala, sebab itulah ia susah dihapuskan.
PAS yakin jika mandat diberikan kepada Pakatan Rakyat, hal ini tidak berlaku. Walaupun begitu banyak cubaan untuk menuduh Kerajaan Pakatan mengamalkan rasuah dibuat, namun sehingga ke hari ini belum ada mana-mana wakil rakyat Pakatan yang dibuktikan mengamalkan rasuah. Malah dasar Pakatan yang telus telah terbukti di Pulau Pinang yang berjaya mengutip lebihan hasil negeri sebayak RM 70-80 juta setahun. Kini Kedah dan Kelantan berjaya menunjukan pemulihan hutang negeri dengan baik dengan Selangor terus memacu ekonomi Selangor dengan lebih rancak lagi walaupun dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.
http://idrisahmad.wordpress.com/2010/05/31/sokong-pakatan-pru-13-untuk-kekalkan-subsidi-dan-pastikan-negara-tidak-bankrap/
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Monday, May 31, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment