Teman tak rasa 2 bulan tanpa tol bagi lebohraya LAKSA ini akan menggembirakan pengguna dan rakyat Selangor dan Malaysia umumnya. Yang rakyat tak tahan tol akan naik , mengikut perjanjian. Kita mahu projek lebuhraya ada target bila untung dan mencapai jumlah kos yang perlu bayar maka ujudlah situasi boleh tutup lebuhraya tersebut dan serah pada kerajaan. Kalau Kerajaan kuat dan berekonomi dan banyak pelaburan maka isu naik tol dan jalan bertol akan ada peluang dimansuhkan bukan disambung untuk menjana pendapatan yang gila sakan.
Para pengguna Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA) yang dilancarkan sepenuhnya pada hari ini akan dapat menggunakannya secara percuma selama dua bulan, kata Shaziman Abu Mansor.
Keputusan itu dicapai setelah beliau mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Projek Lintasan Shah Alam Sdn. Bhd. (Prolintas), Hamad Kama Piah Che Othman, katanya semasa berucap di Majlis Perasmian lebuh raya baru itu di sini hari ini.
Shaziman berterima kasih kepada Prolintas yang merupakan pemegang konsesi lebuh raya itu kerana memberikan laluan percuma selama dua bulan dari hari ia dilancarkan dan langkah itu wajar dicontohi dalam pelancaran lebuh raya baru yang akan datang.
Hamad berkata, pada peringkat awal 25,000 kenderaan sehari, dijangka menggunakan lebuh raya yang menghubungkan Shah Alam terutama projek perumahan Alam Impian ke Lebuh Raya Persekutuan dan Kesas.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
No comments:
Post a Comment