Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, May 25, 2010

PEMUDA UMNO INI KATA BUDAK-BUDAK PUN TAHU JUDI TU HARAM

Saya sebenarnya malas nak mengulas tentang isu lesen perjudian bolasepak Piala Dunia ini. Bukannya sebab apa, bagi saya, budak-budak sekolah rendah pun tahu bahawa judi itu haram dan tak baik.

Tapi bila ada pak-pak menteri kita yang semacam tak tahu hukum hakam agama dengan memberi pelbagai alasan supaya isu judi Piala Dunia ini menjadi relevan dimata rakyat, ini sudah melampau dan tak boleh diterima.

Alasan bahawa judi pertaruhan diluluskan hanya untuk memenuhi kehendak kaum kafir di negara ini bagi saya adalah alasan orang-orang yang malas berfikir.

Ada pula para bangsawan yang mendabik dada kononnya lesen judi pertaruhan ini diluluskan bagi memantau dan mengawal pertaruhan haram oleh bookie-bookie bermata sepet di dalam negara.

Siapa diantara pemimpin-pemimpin atasan yang berani memberi jaminan bahawa orang Islam/melayu tak akan terlibat didalam judi pertaruhan ini?

Cuba lihat dengan lesen judi nombor ekor, bersepah-sepah kedai judi ini di bandar-bandar besar hinggalah ke pekan-pekan kecil. Siapa berani kata bahawa tiada langsung orang Islam/melayu yang melanggan judi ekor ini?

Jika yang sedia ada pun tak mampu dikawal sepenuhnya, beranikah pemimpin-pemimpin melayu di atas menjamin pengawalan untuk kegiatan mungkar baru pula?

Piala Dunia yang lalu telah menjadikan Malaysia sebagai pengkalan pusat bookie haram pertaruhan judi bolasepak terbesar dirantau ini.

Tetapi Piala Dunia kali ini akan mencatat sejarah apabila Malaysia bakal menjadi negara Islam pertama dinobatkan sebagai hub judi sukan terbesar di asia tenggara. Perlukah saya berbangga dengannya?

Negara ini merupakan negara Islam yang dihuni oleh majoriti rakyat beragama Islam. Pemimpin-pemimpin atasan juga kebanyakan terdiri dari bangsa melayu yang beragama Islam. Apakah kita semua mahu bersyubahat dengan perkara-perkara yang mungkar seperti judi ini?

Yang haram tetap haram.
Kalau pun kita tak terlibat di dalamnya, harus juga kita hindari dari bersyubahat dengannya. Tiada alasan dan tiada kompromi di dalam hal ini.

Jika kehendak orang kafir bermata sepet yang berjumlah 6 juta didalam negara ini yng nak sangat diutamakan, luluskan sahaja lesen pelacuran pula selepas ini.

Bukankah pelacuran juga merupakan kehendak orang kafir dan dimonopoli oleh kaum mata sepet ini seperti juga judi?

No comments: