Dalam perbicaraan kes liwat II Anwar hari ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata dia berjumpa Perdana Menteri pada 24 Jun 2008 di kediaman Najib di Jalan Duta untuk mengadu masalahnya.
Jadi, dengan pengakuan Saiful itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib perlu dipanggil untuk memberi keterangan kepada mahkamah berkaitan rasionalnya Saiful berjumpa dengannya untuk mengadu berkenaan fitnah kes liwat beliau dengan Anwar.
Jika konspirasi kes liwat ini tidak berkaitan dengan orang besar negara itu, masakan pula Saiful perlu mengadu kepada Najib akan hal ini kecuali Saiful adalah dari keluarga Najib atau memang kes ini ada kaitan dengan Najib.
Laporan Harakahdaily, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersyukur ekoran Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku bertemu Datuk Seri Najib sebelum membuat laporan polis.
"Hari ini saya bersyukur kerana kita dapat sahkan penglibatan Najib yang diakui Saiful bertemu beliau empat hari sebelum laporan polis dibuat," katanya di luar mahkamah hari ini.
Dalam perbicaraan kes liwat ll Anwar hari ini, Saiful berkata dia berjumpa Perdana Menteri pada 24 Jun 2008 di kediaman Najib di Jalan Duta untuk mengadu masalahnya.
Saiful juga memberitahu dia kemudiannya berjumpa ASP Rodhwan di Hotel Mulia pada malam 24 Jun.
"Pegawai kanan polis panggil di satu hotel terkemuka untuk adakan perbincangan sebelum laporan dibuat.
"Itu yang Karpal tekankan penglibatan dan konspirasi melibatkan Najib," katanya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment