Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, May 16, 2010

KREDIT UNTUK BEKAS-BEKAS UMNO TIKA HADAPI P212

Komen Teman : Bukan senang nak dapat gerombolan yang tiba-tiba sedar mahu keluar UMNO selepas berpuluh tahun ditipu dan dibohongi rakyat melalui media dan disogok semasa pilihanraya yang hanya sementara.

"Dulu saya keliru dengan propaganda TV3, tapi syukurlah sekarang saya sudah faham propaganda TV3 itu semua bohong sahaja. Saya nampak yang kaya raya adalah pemimpin UMNO/BN, yang miskin dan papa kedana adalah pengundi BN." kata Sidik

"Kos hidup kami di pedalaman begitu tinggi sekali. Kami begitu menderita. Susahlah mahu hidup jika Sabah masih diperintah Kerajaan UMNO/BN. Sekarang rakyat mula sedar dan tidak ingin mengulangi kesilapan pada pilihanraya lalu dengan memberi undi yang dipersiakan begitu sahaja. Jika kami susah, bagaimana dengan anak cucu kami kelak?,” kata Sidik Wahid, 74.

Kata Sidik lagi,

BEBERAPA orang lagi ahli setia UMNO telah meninggalkan perjuangan sia-sia mereka dalam UMNO selama ini untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kali ini diketuai oleh Sidek Wahid dan beberapa rakannya daripada Kg Ului, Tenom.

Penyertaan mereka kedalam PKR Tenom diterima oleh Ketua Cabang Tenom, Gonsibin Yasundang dan akan disalurkan ke pejabat PKR di Kota Kinabalu melalui Pengarah Info & Komunikasi dalam IT (Seksyen Bahasa Malaysia).

Rata-rata yang hadir menyatakan bahawa mereka telah mula meragui keberkesanan pentadbiran UMNO/BN di daerah Tenom kerana menurut mereka, tumpuan kepimpinan BN hanyalah untuk kesenangan diri sendiri dan kepentingan kroni-kroni sahaja yang dititik-beratkan; manakala kebajikan kepada pengundi lain diabaikan sama sekali.

Oleh kerana itulah, kata Sidik, mereka sebulat suara berpakat meninggalkan UMNO dan menyertai PKR dengan penuh harapan agar kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat apabila diberikan mandat kelak akan menghapuskan sistem kroni di daerah Tenom ini.

Sidik turut menjelaskan penyertaan mereka ke dalam PKR adalah sukarela setelah hijab yang menutup mata mereka terbuka oleh kesedaran dan hidayah daripada Illahi.

“Tiada siapa yang memaksa kami sertai PKR. Kami tidak perlukan alasan untuk meninggalkan UMNO. Itu hak kami. Kami Ikhlas dan atas kemahuan kami sendiri demi masa hadapan anak cucu kami,” ujar Sidik yang menolak dakwaan pemimpin UMNO yang mabuk kuasa, kononnya mereka menyertai PKR kerana menerima habuan atau agenda pihak tertentu dalam UMNO sendiri.

Sidik mendesak pemimpin UMNO agar bermuhasabah diri dan mengundur diri sebelum ditolak pengundi pada pilihanraya akan datang.

No comments: