Projek poskad untuk PM:membantah arang batu di Sabah
“…coal is what we call DIRTY technology, it’s NOT environmentally friendly,” Najib Razak.
maksudnya arang batu bukan teknologi bersih dan mesra alam, kata-kata yang datang dari mulutnya sendiri.
tiba-tiba Malaysia mahu membangun teknologi nuklear. tiba-tiba pula ada rancangan membangun tenaga arang batu di Sabah dan puluhan lagi empangan tenaga hydro air bersaiz raksasa di Sabah. tiba-tiba yang datangnya untuk memuaskan hati kongongmerat korporat keparat dan membuatkan rakyat terus melarat. tapi begitulah sifat rakus kekuasaan duit yang sombong dan angkuh. tamak menilaikan segala hal/perkara, membolot kebenaran, gila sawan menimbunkan kekayaan angka keuntungan paling mutlak - dengan penderitaan paling muktamad juga.
suka atau tidak, malas atau rajin, bersemangat atau tak larat, duka atau bahagia, sedih atau gembira, tak ada jalan lain, melainkan rakyatlah sendiri yang mesti melawannya - anak muda, orang tua, kaum perempuan, kaum buruh, petani, nenek, orang kampung, orang hulu, orang bandar, anak Felda, orang semenanjung, orang borneo, sesiapapun jua yang tergolong dalam kelompok bakal menjadi mangsa projek2 gila ini kelak!!!
untuk projek arang batu di Sabah ini, seorang kenalan seniman visual Yee I-Lan (http://www.acmi.net.au/2006/artists/ngv/yeeilann.html)-[boleh google nak lebih tahu], telah melakukan suatu usaha seni untuk membantah projek tenaga arang batu di Sabah, dengan menghasilkan siri gambar2 yang boleh dicetak sendiri dan dihantar sebagai poskad berseni kepada PM Najib (klik ke pautan http://www.arterimalaysia.com/2010/05/14/postcard-project-to-our-prime-minister/:
sebenarnya banyak sumber tenaga yg memakmurkan alam berserta manusianya (kenapa pula alam dan manusia? manusia mmg sebahagian kecil dari alam, itu cerita lain),
seperti tenaga hydro mini dan Malaysia kaya dengan sinar matahari, kenapa tidak tenaga suria?
http://alternativegreenenergy.com/
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2

pasbs baner

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment