Kereta Timbalan Menteri Lah Pulak
Belum pun selesai kes kecurian kenderaan rasmi milik Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, yang dilarikan di Seksyen 9 Shah Alam kelmarin, kenderaan persendirian milik seorang timbalan menteri pula lesap dilarikan di Taman Kepong, pagi semalam.
Difahamkan, kenderaan itu dipinjamkan kepada pembantu kanan kepada timbalan menteri terbabit selepas kereta kakitangannya itu rosak.
Dalam kejadian antara jam 12 hingga 7 pagi semalam, kereta jenis Proton Perdana V6 berwarna hitam itu disedari hilang kira-kira jam 8 pagi sebaik pembantunya mahu menghantar semula kenderaan berkenaan.
Difahamkan, kereta yang dicuri itu didaftarkan atas nama abang kepada tokoh politik terbabit dan diletakkan di hadapan rumah salah seorang pembantu kanannya.
Menurut sumber, kehilangan kenderaan itu hanya disedari pembantu kanannya itu ketika mahu menghantar kereta berkenaan semula ke rumah ahli politik terbabit di Taman Sri Gombak, sebelum ke pejabatnya di Putrajaya.
Pengadu mendakwa kereta itu diletakkan di hadapan rumahnya kira-kira jam 9 malam tadi selepas pulang bekerja dan yakin kenderaan itu masih berada di situ sehingga jam 12 tengah malam.Dia (pengadu) mendakwa bapa saudaranya yang datang melawatnya ketika itu memaklumkan kenderaan berkenaan masih berada di hadapan rumahnya.
Selepas menyedari kenderaan dipinjamnya itu hilang, pembantu kanannya itu berusaha mencarinya di sekitar taman perumahan berkenaan namun gagal, katanya.
Sehubungan itu, pembantu kepada timbalan menteri itu membuat laporan di Balai Polis Kepong jam 9 pagi semalam.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment