Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, May 21, 2010

KEBANGKITAN MELAYU JOHOR & SEMALAYSIA MEMBANTAH JUDI HALAL ALA KERAJAAN BN



Seruan Bantahan Judi oleh Hizbut Tahrir di Muar
Hizbut Tahrir Malaysia telah mengadakan seruan bantahan kepada pemerintah Malaysia kerana meluluskan lesen perjudian bola sepak.

Seruan bantahan secara aman selepas solat Jumaat itu diadakan bagi membantah sikap pemerintah Malaysia yang enggan membatalkan kelulusan lesen judi Piala Dunia dan lesen syarikat-syarikat perjudian.

Seruan bantahan lesen perjudian diadakan diseluruh negara, dari utara hingga ke selatan. Senarai lokasi adalah seperti berikut:
1. Masjid Wilayah, Kuala Lumpur
2. Masjid Negara, Kuala Lumpur
3. Masjid Seksyen 16, Shah Alam, Selangor
4. Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, Selangor
5. Masjid Negeri, Ipoh, Perak
6. Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh, Pulau Pinang
7. Masjid Rahmaniah, Kuala Perlis, Perlis
8. Masjid Sultan Ismail, Tangkak, Johor
9. Masjid Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor

Umat Islam tidak boleh duduk diam dan hanya memerhatikan pemerintah membuat maksiat iaitu meluluskan lesen judi yang jelas melanggar hukum Islam. Ia adalah satu penghinaan dan satu kebiadapan kepada perintah Allah SWT.

Taatlah perintah Allah SWT seperti mana firman Allah SWT.
”Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya” (Surah al-Maidah 5:90).

Yakinlah bahawa kemungkaran yang melingkungi kita semua pada hari ini tidak akan dapat diubah kecuali dengan menghancurkan sistem kufur dan akar-akar kekufuran yang telah lama bertapak di negara kita dan negara kaum Muslimin lainnya.

Kita tidak mahu berada di bawah pemimpin yang melakukan perbuatan syaitan. Selagi masih ada sisa-sisa usia yang Allah kurniakan kepada kita ini, marilah kita sama-sama berusaha untuk menegakkan Khilafah Rasyidah Ala Minhaj Nubuwwah, sebuah Daulah Islam yang akan menerapkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya, yang dengannya segala kemungkaran dapat dijungkirbalikkan dan digantikan dengan kebaikan dan kemuliaan.

Sesungguhnya pemerintahan ini wajib berada di tangan seorang Khalifah yang beriman dan bertakwa yang akan menerapkan hukum menurut apa yang Allah turunkan. Dan Khalifah ini tidak akan terwujud kecuali kita semua berusaha mewujudkannya dengan jalan yang telah ditempuh oleh para sahabat yang kita kasihi.

1 comment:

Anonymous said...

Sepatut nya Ketua Agama iaitu Yang Dipertuan Agung harus Membantah perkara tersebut. sebab PM kita kurang pengetahuan tentang AGAMA. BN ni dari DULU sampai SEKARANG menyusah kan RAKYAT.