Perlantikan Ezam dan juga Palanievel sebagai Senator hari ini jelas membuktikan Umno sanggup bergadai bergolok asalkan apa yang dihajati mereka tercapai. Cakap-cakap sebelum pemilihan calon di Hulu Selangor , bahawa kompromi Palanievel dan Samy Vellu sebenarnya ada udang disebalik batu. Akhirnya Samy dan MIC yang sebenarnya beruntung kerana mendapat dua peruntukan , Parlimen dan Senator, sedangkan, Umno hanya menang sorak bertungkus lumus memenangkan calon MIC di Hulu Selangor.
Kepada ahli Umno yang sepanjang hayat bergelumang dengan politik tanpa hasil apa-apa, sedarlah dan beralihlah kepada Pakatan Rakyat kerana jelas perjuangan mereka tidak mendapat pengiktirafan pucuk pimpinan. Jikalau pengiktirafan perjuangan mereka hanya setakat lawatan percuma ke Langkawi setahun sekali ataupun makan 'tomyam' setiap kali sebelum mesyuarat agong kawasan masing-masing, adalah lebih bermunafaat untuk mereka menilai kembali perjuangan mereka daripada terus dimanipulasi pemimpin - pemimpin Umno .
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Jangan dikorbankan harapan pengundi-pengundi Hulu Selangor memenangkan calon BN demi membolehkan Samy Vellu menunaikan janjinya untuk melepaskan jawatan.
Di Sibu pulak, kita harap PM pulak berjanji akan meletak jawatan jika BN menang di sana. Barulah berbaloi dengan kemenangan yang diperolehi di sana.
Post a Comment