Tiga wakil rakyat mewakili PKR itu, iaitu Adun Kulim, Lim Soo Nee, S Manikumar (Bukit Selambau) dan Tan Chow Kang (Sidam) serta wakil rakyat DAP dari kawasan Kota Darulaman, Lee Guan Aik menyatakan sokongan taat setia itu ketika berucap dalam ceramah di Markas Pas Kedah di Kota Sarang Semut, dekat sini, malam tadi. Tiga wakil rakyat PKR itu yang juga anggota Exco kerajaan negeri serta wakil rakyat DAP berkenaan dikaitkan dengan spekulasi akan melompat parti dan menjadi Adun Bebas kerana didakwa tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pas Kedah yang mentadbir negeri ini. Mereka mendakwa walaupun ada sedikit rasa tidak puas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri, perkara itu diselesaikan dengan baik melalui perbincangan kolektif sebagai anggota komponen dalam Pakatan Rakyat dan tidak sampai ke tahap ingin keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.
Keempat-empat mereka juga mahu supaya semua pihak segera menghentikan spekulasi seumpama itu kerana mahu menumpukan kepada usaha meneruskan kesinambungan pembangunan negeri ini.
Sehubungan itu, Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan beliau tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagaimana dihebohkan pihak tertentu kerana menerima sokongan padu daripada semua 20 Adun Pakatan Rakyat, termasuk empat wakil rakyat terbabit.
Azizan berkata, tiada ada alasan baginya membubarkan DUN hanya semata-mata mahu memenuhi spekulasi yang disebarkan pihak tertentu yang sengaja mahu menimbulkan kekecohan dan melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.
Katanya, semua keempat-empat Adun itu menyatakan pendirian masing-masing tanpa dipaksa, sebaliknya dengan kerelaan sendiri serta tiada syarat dikenakan.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
2 comments:
stnby utk kempen :)
assalamualaikum
Kekuatan pengundi Sibu terbentuk dari kekuatan Pakatan Rakyat di Kedah menolak UMNO dan BN yang sedekat ini mempelopori Projek Segera atau projek last minute.Stanby untuk menerima habuan dan pelbagai yang menanti demi undi untuk Pakatan rakyat.
Post a Comment