Sibu: Perkasa lagi pertikai undi Cina kepada BN
Perkasa mempersoalkan sumbangan balas pengundi Cina ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu, sekali lagi mempertikaikan tahap sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN) di Sibu semalam.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mendakwa pengundi-pengundi Cina di kawasan Sibu tidak menghargai janji-janji projek dan bantuan kewangan dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika berkempen.
“Pengundi-pengundi Cina tidak menghargai apa yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada mereka, misalnya menyokong sekolah vernakular dan sebagainya.
“Masyarakat Cina secara terbuka menyokong dasar DAP.
“Pengundi Cina mahukan cara Cina sendiri, meskipun Bumiputera terpaksa menelan tolak ansur yang dibuat oleh BN dalam memenuhi kehendak mereka,” katanya.
Ibrahim, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, yang mewakili Perkasa iaitu pertubuhan bukan kerajaan Melayu terbesar di Malaysia sekarang, mengulas keputusan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu yang diumumkan lewat malam tadi.
Kerusi itu yang mempunyai majoriti pengundi Cina dirampas oleh DAP yang diturunkan oleh Pakatan Rakyat.
Di Hulu Selangor tiga minggu lalu walaupun BN berjaya merampas balik kubu kuatnya daripada PKR, tetapi merekodkan kemerosotan sokongan pengundi Cina.
Sehubungan itu, Perkasa meminta BN mengkaji semula janji bantuan kewangan dan projek pembangunan kepada masyarakat Cina.
Saranan hukuman itu tidak mendapat sokongan pemimpin-pemimpin BN dan Umno.
Bagaimanapun kata Ibrahim, keputusan semalam sebenarnya satu pengajaran kerana ia memotivasikan kaum Melayu dan Bumiputera agar lebih bersatu padu selepas ini.
“Mereka tidak boleh meminda perlembagaan (negara). Jika begitu ia akan membawa kepada malapetaka,” katanya.
“Bagi saya selaku orang Melayu dan sebagai seorang Islam, ini satu hikmah pengajaran... kita akan ke depan, kita akan lihat,” katanya yang berkempen untuk calon BN di Hulu Selangor tetapi tidak di Sibu.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2

pasbs baner

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamualaikum
Kebanyakan kaum Cina disana(Sibu) bergantung hidup dengan bersumberkan pendapatan dalam istilah berkerja sendiri.Perniagaan dan dunianya adalah lambang mereka disana.Mungkin boleh disebut kekayaan dan pendapatan mereka adalah lebih tinggi dari kaum yang lain yang ada bersama mereka.Tapi mereka sanggup berkorban demi negara dan jiran tetangga(kaum lain) untuk memilih Dap dan Pakatan rakyat kerana disana ada cahaya pembaharuan,kekuatan,hak kesaksaman,keadilan,ketelusan,kefahaman dan keamanan yang dipelopori dan dibawa oleh Pakatan Rakyat yang hebat ini.Bagi mereka kesenangan haruslah dikongsi bersama dan kesusahan haruslah ditangani atas konsep Yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing.Signal ini mestilah menjadi area concern bagi Pakatan rakyat diSibu dan Malaysia am nya.
Post a Comment