Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, April 22, 2010

WAHAI AHLI UMNO , INGAT TEGURAN USTAZ INI

UMNO PEWARIS PERJUDIAN NEGARA
Wahai ahli UMNO berfikirlah - Pemimpin UMNO yang kamu pertahankan sekarang adalah pemegang saham judi. Dihadapan orang Melayu bukan main lagi, kita mesti berakhlak mulia. Kamu sendiri sudah terkeluar daripada akhlak mulia. Apakah pemimpin UMNO seperti ini dapat mempertahankan perjuangan Melayu dan orang Melayu?

Pemimpin UMNO seperti ini adalah pemimpin yang jahat. Di akhirat nanti, pemimpin yang jahat akan berhimpun juga dengan orang yang jahat di dunia. Pemimpin dan ahli UMNO yang menentang Islam akan juga berhimpun dengan orang yang menentang Islam di dunia. Pemimpin dan ahli UMNO tidak akan berhimpun dengan Nabi Muhammad saw. Mereka akan berhimpun dengan

1) Firaun - manusia paling jahat menentang Allah
2) Namrud - pemerintah paling zalim melawan Nabi
3) Qarun - orang paling kaya yang menaja program-program maksiat
4) Abu Jahal/Abu Lahab - penentang Nabi Muhammad saw
5) Abdullah Ubay - ketua munafik dan berpura Islam yang menentang Nabi Muhammad saw


Wahai ahli UMNO segeralah meninggalkan UMNO. Katakan Sayonara to UMNO. No more UMNO. Selamatkanlah kehidupan akhirat anda. Fikir-fikirkan. Bertindaklah segera.

Beruntunglah orang yang telah meninggalkan UMNO. Kami berdoa anda akan terus istiqamah dengan Islam dan mendapat ketenangan dengan Islam yang benar. MUdah-mudahan akhirat nanti bertemulah anda dengan Nabi yang mengasihi anda tidak lain Nabi Muhammad saw.
FIRMAN ALLAH TAALA DALAM SURAH MAIDAH AYAT 90

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Chinese
信道的人們啊!飲酒、賭博、拜像、求簽,只是一種穢行,只是惡魔的行為,故當 遠離,以便你們成功。
Tamil
ஈமான் கொண்டோரே! மதுபானமும், சூதாட்டமும், கற்சிலைகளை வழிபடுதலும், அம்புகள் எறிந்து குறி கேட்பதும், ஷைத்தானின் அருவருக்கத்தக்க செயல்களிலுள்ளவையாகும். ஆகவே நீங்கள் இவற்றைத் தவிர்த்துக் கொள்ளுங்கள் - அதனால் நீங்கள் வெற்றியடைவீர்கள்.
(5:90)

Daripada firman Allah di atas ciri kedua yang menjadi amalan syaitan ialah perjudian. Dari sekecil-kecil bentuk perjudian sehinggalah kepada bentuk paling besar gedung perjudian (casino) adalah diharamkan dalam Islam. Tetapi inilah yang diwarisi oleh pemimpin-pemimpin UMNO (rujuk senarai pemilik saham judi)

2 comments:

BUJANG SUSAH said...

ermm.. siap bahasa tamil dan india eh.. huhuhu

zul_neem said...

Assalamualaikum

Tambahan lagi UMNO telah melanggari sumpah keramat sebagaimana tertulis didalam perlembangaannya di fasal 3 iaitu perenggan 3.1 yang menyebut mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara dan di perenggan 3.3 yang menyebut menegak,mempertahan dan mengembang Islam,agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.Apabila UMNO mengambil APCO yang ada hubungan dengan negara zionist(Israel)dan dikalangan stafnya pulak ada yang menyumbang mengsengsarakan Palestin dan rakyatnya serta berperanan mewujudkan grand design di beberapa buah negara.Pelanggaran ini disebabkan parti itu telah mengalami penyakit hipokrit,lemah,hilang daya tahan diri,ketandusan peminpim dan korup.Kebergantungan pada APCO kononnya mendatang kekuatan pada parti dan survival peminpim tetapi sebenarnya membawa kearah kehancuran kedaulatan negara.Apabila negara ini bakal dijual dan rakyatnya akan mewarisi citarasa hidup sebagaimana rakyat Palestin alami nanti.Perkara ini perlu dihindarkan.Oleh itu para pengundi DiHulu Selangor perlu memberi isyarat yang jelas khususnya yang beragama Islam menolak UMNO dengan mengundi PAKATAN RAKYAT supaya mereka-mereka(UMNO) tahu yang rakyat negara ini tidak suka kepada mereka dan UMNO sekali.Allah menegaskan melalui wahyu kepada rasullah bahawa kaum yahudi dan nasrani(kristian)tidak senang dengan umat islam(orang beriman) dan berusaha untuk menyesatkan atau mengikut kearah mereka.Sila ambil peringatan wahai ahli-ahli UMNO.Selamatlah diri dari bencana dan kemurkaan Allah swt.