UMNO SOMBONG DAN TAKABUR TERHADAP KEBENARAN AL-QUR'AN
>> Ahad, April 4
ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELALYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 37
UMNO SOMBONG DAN TAKABUR TERHADAP KEBENARAN AL-QUR'AN
DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH
"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan. Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar. Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini", AMIN
FIRMAN ALLAH TAALA DALAM SURAH AL-A'RAF 75-76
Dari firman Allah diatas jelas menunjukkan bahawa terdapat satu golongan dalam kalangan manusia yang menolak da'wah para Rasul Allah. Setiap umat yang diutuskan Nabi dan Rasul kepada mereka wujud budaya menentang Nabi dan Rasul. Ini kerana Nabi dan Rasul membawa ajaran Allah yang bertentangan dengan hawa nafsu manusia. Apabila Rasul membawa ajaran yang bertentangan dengan hawa nafsu maka manusia menolak kerana sudah tidak bersendi kepada hukum syara;. Hukum dalam kehidupan mereka ialah hukum akal dan hukum adat. Manusia mahu antaranya
1) minum arak,
2) judi,
3) perzinaan,
4) hidup berfoya,
5) pergaulan bebas,
6) ekonomi riba - untung berlipat ganda,
7) bebas ikatan agama,
8) boleh berpeluk-cium macam orang Barat,
9) mengambil harta wang rakyat sesuka hati,
10) rasuah,
11) melakukan penganiayaan kuat menindas yang lemah,
12) membuat dan mencipta fitnah,
13) hakim dan mahkamah tidak lagi memperjuangkan keadilan malahan dipergunakan untuk kepentingan pemimpin UMNO, mengekalkan rampasan kuasa yang dibuat oleh Pemimpin UMNO
14) SPRM diguna untuk melindungi pemimpin UMNO yang melakukan rasuah,
15) polis yang sepatutnya bertindak profesional memberi keselamatan kepada rakyat diperalat oleh UMNO,
16) Pemimpin yang menyatakan kebenaran di pecat, dihadapkan kepada JK hak dalam Parlimen
17) Ustaz yang menyatakan kebenaran Al-Qur'an di dalam masjid dipecat oleh Pengerusi Masjid yang UMNO
Inilah kerja UMNO. UMNO adalah paksi kejahatan.
Inilah yang terjadi dengan UMNO. Asas hukum orang UMNO ialah hukum akal dan hukum adat. Oleh kerana asas hukum dalam kehidupan ialah hukum akal dan adat maka orang UMNO, pemimpin UMNO, ustaz dan ustazah UMNO, maka UMNO sombong dan bongkak terhadap kebenaran Al-Qur'an. Mereka tidak mahu menerima kebenaran Al-Qur'an malahan tetap dan terus engkar.
Ada sebahagian orang UMNO yang menerima sebahagian daripada Al-Qur'an dan menolak sebahagian yang lain . Kehidupan orang UMNO dipandu oleh akal dan hawa nafsu. Orang UMNO menerima solat, puasa, zakat dan haji sebagai sebahagian tanggungjawab Islam. Tetapi menolak kewajipan yang lain seperti melaksanakan hukum Allah, membebaskan ekonomi daripada judi dan riba. Ini juga termasuk sombong dan takabur terhadap Al-Qur'an.
Kemanakah kembalinya anda wahai orang UMNO? Bukankah kembali kepada Allah? Anda akan dimatikan, dikapankan, disembahyangkan, dan dikuburkan? Mampukah anda melawan takdir Allah? Oleh yang demikian segeralah kembali kepada ajaran Al-Qur'an. Jangan undi pemimpin UMNO kerana anda akan mengekalkan UMNO di paksi kejahatan. Fikir-fikirkan. Read more...
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
1 comment:
assalamualaikum
Allah yang maha agung lagi maha mengetahui menyeru manusia muslim lagi beriman jangan mengikut Yahudi atau nasrani kerana mereka tidak senang hati lagi tersimpan matalamat unutk menyesatkan dan membawa kearah mereka serta ingkar kepad Allah.Tapi alih-alih PM dan parti UMNO yang kononnya parti Islam yang besar didunia membuang tarbiat mengambil APCO Wordwide sebagai penasihat dan wang rakyat termasuk wang saya untuk membayar perkhidmatannya.Saudara Anuar Ibrahim telah mendedah di dewan rakyat baru-baru ini siapa APCO worldwide sebenarnya dan siapa orang didalamnya serta apa tujuan sebenarnya.Oleh itu apa yang difahami hasil dari pendedahan ini ialah pengendalinya ialah orang-orang yahudi lagi bistari merosak umat Islam dan Palestin.Sah akan datang saya akan mengundi Pakatan rakyat bukan UMNO(BN) lagi dungu,pekak ,bisu dan sombong.Harap pengundi Islam diHulu selanogr yang berakal lagi celik hati untuk berfikir masak-masak dan terus mengundi Pakatan rakyat.Insyaalah
Post a Comment