Hulu Selangor: BN Letak Calon MIC
SHAH ALAM 7 April – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.
Menurut Perdana Menteri, keputusan itu dibuat atas semangat setiakawan dalam BN memandangkan kerusi Parlimen Hulu Selangor adalah milik MIC sebelum ini.
Bagaimanapun katanya, penentuan calon hanya akan dilakukan selepas beliau selaku Pengerusi BN Selangor mengadakan perbincangan dengan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.
‘‘Beri kepercayaan kepada saya untuk pilih calon terbaik. Jangan fikir soal siapa jadi calon tetapi buat kerja. Tolong jangan leka dan malas.
‘‘Saya minta (biar) saya tentukan calon sebab kita hendak menang. Kalau kalah bukan MIC sahaja kalah, tetapi BN kalah. Kalau memang, bukan MIC menang tetapi BN (juga) menang,” katanya ketika berucap menutup Konvensyen BN Selangor di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment