Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Wednesday, April 21, 2010
SPR TALIAN HAYAT BN PALING JAHAT PENUH MUSLIHAT DI PRK HULU SELANGOR
SPR Pekakkan Telinga Isu Pemindahan Pusat Mengundi 14,000 Pengundi Hulu Selangor
Oleh Rusnizam Mahat
KUALA KUBU BAHARU 21 Apr - Pakatan Rakyat hari ini mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya kerana masih gagal mengambil sebarang tindakan berhubung isu pemindahan pusat pengundian lebih 14,000 pengundi di Parlimen P094 Hulu Selangor.
Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, meskipun bukti telah dikeluarkan, namun SPR masih tidak mengambil tindakan sewajarnya termasuk memaklumkan kepada pengundi yang ditukarkan pusat pengundian mereka.
"Ini sungguh memalukan bagi sebuah suruhanjaya yang mengendalikan pilihan raya yang bebas dan bertanggungjawab untuk menguruskan pilihan raya.
"Di mana kewibawaan SPR. SPR ialah badan, suruhanjaya pilihan raya yang menguruskan pilihan raya untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan adil. Tetapi sekarang mereka tidak dapat mengurus perkara asas dalam pilihan raya," katanya pada sidang media di Pusat Media Pakatan di sini tengahari tadi.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat membidas SPR kerana mengubah pusat pengundian 13,488 pengundi yang akan mengakibatkan berlaku kekeliruan dan kacau bilau pada hari pilihan raya Ahad nanti.
Menurut Fuziah, undang-undang belah bahagi dalam peruntukan pilihan raya seksyen 7 (1) hanya boleh dilakukan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Bagaimanapun katanya, di Kampung Tanjung, dalam kawasan Sungai Choh, seluruh kampung berkenaan dipindahkan ke kawasan Parlimen yang lain tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan SPR.
Justeru itu beliau merayu kepada seluruh pengundi Hulu Selangor supaya menyemak pusat pengundian di bilik-bilik gerakan Pakatan Rakyat .
Fuziah berkata, KEADILAN kini terpaksa mengambil tanggungjawab tersebut dengan cuba membantu memudahkan para pengundi dengan membuka talian secara hotline yang boleh dihubungi di talian 019-326-9874 untuk pengundi luar.
Tambah beliau, pengundi di Hulu Selangor boleh datang ke bilik gerakan Pakatan Rakyat untuk membuat semakan atau melalui SMS dengan menaip SPR jarak semak jarak nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.
"Mereka boleh buat banyak cara untuk dapat tahu di mana mereka mengundi pada 25 April nanti. Kita juga sedang mencetak slip pengundi yang akan diberi kepada pengundi dalam masa terdekat.
"Kami akan melakukan yang terbaik. Kami melakukan tugas SPR. Sebab itu saya kata SPR satu badan yang tidak bertangungjawab, tidak kompeten dan mereka harus letak jawatan, tetapi malangnya mereka tidak menerima apa yang kami katakan dan terus dalam keadaan penafian sehingga memberikan bermacam alasan," tegas Fuziah lagi.
Sementara itu, calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim kecewa dengan sikap SPR yang masih gagal memberi penjelasan dan membuat tindakan sewajarnya.
"Saya sebagai calon, saya menganggap SPR patut berlaku adil kepada kita. Sebab itu kita ada pilihan raya. Begitu ramai pengundi dipindahkan samada dipindah dalam Hulu Selangor, atau hilang langsung dari daftar pemilih.
"Apakah kita boleh tukar pengundi tanpa pengetahuan pengundi. Saya harap dalam beberapa hari ini SPR bertindak," tegas beliau.
Zaid menggesa SPR bertindak segera dengan membuka kaunter bergerak bagi memudahkan pengundi Hulu Selangor mengetahui di manakah mereka akan menunaikan kewajipan mereka.
"Kalau kamu ada kuasa sekalipun, kamu tak berhak mengubah pusat mengundi. Mereka ada hak untuk mengundi, itu adalah hak fundamental. Saya tidak hanya bidas SPR, saya bidas Perdana Menteri," kata Zaid.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment