Yayasan Basmi kemiskinan cuma acah jer !) Berani sangat kah Zainal Sakom untuk bawa ke mahkamah.Kalau masuk mahkamah siaplah semua rahsia beliau akan lebih banyak terbongkar.Sebenarnya beliau belum memfail sebarang saman terhadap kerajaan negeri walaupun sudah membuat pengumuman kepada media.
Ugutan saman itu timbul berikutan kerajaan negeri mengambil semula tanah di Serendah berikutan YBK tidak melunaskan premium tanah berbelas-belas tahun lamanya.
YBK sebaliknya memberi alasan, kononnya membangunkan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah sedangkan tanah itu terbiar selama ini.
"Dia dikatakan memfail, dia buat pengumuman telah memfailkan apa yang dipanggil ‘sue’ kepada kerajaan negeri tetapi membuat pengumuman kepada media," kata Khalid pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.
Bagaimanapun, Khalid berkata, kerajaan Selangor sudahpun bersiap sedia jika saman itu diteruskan, dengan melantik peguam bagi proses pembelaan kes saman yang dikemukakan YBK itu.
“Kerajaan negeri melantik Edmund Bon dari Chooi & Co untuk mewakili kerajaan negeri dalam kes saman YBK. Kita juga ada Penasihat Undang-undang Kerajaan Selangor,” katanya lagi.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment