
MENGANGGAP rasuah musuh nombor satu negara, Kerajaan digesa segera mereformasi institusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub di Dewan Rakyat menggesa SPRM diletakkan di bawah Parlimen.
“Yang penting bagi saya adalah bagaimana perubahan drastik perlu dilakukan,” tegas beliau pada sesi soalan tambahan, dalam sesi soal jawab pagi tadi.
“Saya ulangi cadangan saya sebelum ini, (iaitu) SPRM perlu diletakkan di bawah Parlimen supaya lebih bebas menyiasat sesiapa sahaja yang didakwa rahsuan.”
Tambahnya lagi, SPRM juga seharusnya diberikan hak untuk membuat pendakwaan atas institusinya sendiri.
Menurut beliau, selagi kuasa pendakwaan diletakkan di bawah bidang kuasa Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail selagi itu usaha memerangi rahsuah berprofil tinggi tidak berupaya dilakukan.
Sehubungan itu, Salahuddin bertanya tentang kesediaan kerajaan untuk menerima kedua-dua cadangannya itu.
Menjawab soalan itu, Liew Vui Keong, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) seolah-olah menganggap cadangan Salahuddin itu sebagai suatu cadangan yang sukar.
“Di sis Perlembagaan (Persekutuan), setiap pendakwaan yang dibuat mestilah (terlebih dahulu dirujuk) di bawah Peguam Negara, sekiranya (Dewan Rakyat) mahu buat seperti yang Salahuddin cadangkan, kita (Dewan Rakyat) kene ubah (rombak) Perlembagaan,” ujar beliau di Dewan Rakyat.
Sebelum pada itu, Datuk Ismail Kasim (Ahli Parlimen Arau) dalam sesi soal jawab, meminta Perdana Menteri Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan tentang bidang kuasa Ahli Panel Penasihat SPRM.
Beliau juga meminta Najib menjelaskan tentang sejauhmana panel-panel tersebut boleh mengeluarkan kenyataan terbuka bagi pihak SPRM berhubung sesuatu kes yang dalam masih atau belum dibuat siasatan. -END
zainulfaqar.wordpress.com
No comments:
Post a Comment