Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2006) yang menyebut seseorang didapati bersalah jika melakukan sogokan sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung.
Media Kerajaan BN dengan bangga menyiarkan orang No 1 dan No 2 Umno/BN menyogok rakyat dengan janji pembangunan berupa sekolah, rumah dan keperluan masjid di Hulu Selangor.
Tidakkah ini bertentangan dengan Akta di atas?
Dimana SPR ketika ini, tidur ?
Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada semua pihak supaya berhenti berkempen kerana pilihan raya kecil Hulu Selangor masih belum bermula lagi, namun itu hanyalah lakonan semata-mata kerana ianya tidak disusuli dengan tindakan tegas.
Pengerusi & Timbalan Pengerusi SPR sebelum itu telah berkata, kempen tidak boleh dijalankan kerana tempoh rasmi berkempen hanya bermula selepas selesai tempoh penamaan calon iaitu pada 17 April ini.
Pada 4 April Menteri KKLW pula menyogok rakyat orang asli di Hulu Tamu di Hulu Selangor dengan janji tambahan peruntukan sebanyak RM41,000,000 untuk pembangunan orang asli kunun.
Pruntukan khas RM331,000 dimana RM231,000 untuk 7 unit rumah PPRT, 1 unit rumah tok batin rm40,000 dan rm60,000 untuk projek cendawan.
Ditambah pula bonus untuk tok batin seluruh Hulu Selangor dan sumbangan untuk pelajar.
Catitan pada pembaca UMNO/BN : Bukan pasal dengki tapi BN/UMNO ikutlah undang-undang , kenapa BN/UMNO langgar ? Kerana mereka takut sangat kalah ,kalah kerana keburukan dan kebobrokan sendiri kenalah mengaku.Kalau kalah bangkitlah semula akan datang ,terimalah sebagai pembangkang pula.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment