Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, April 14, 2010

PENGUNDI HULU SELANGOR JANGAN TERTIPU SEPERTI DI BAGAN PINANG





Pada 11 April yang lalu dibawah pimpinan Sdr. Azizi (Timbalan Ketua AMK NS) dan team Solidariti Anak Muda Malaysia (dibawah pimpinan Saufi) telah menziarahi satu perkampungan India yang mengundi BN pada PRK Bagan Pinang yang lalu kerana terpedaya janji kosong Bn.
Antara sebahagian penipuan yg telah berlaku ketika PRK bagan pinang yg lepas adalah janji BN utk memberi peruntukan sebanyak rm 25juta bagi pembinaan 150 unit rumah PPRT di ladang siliau yang hakikatnya projek ini sepatutnya berlaku pada 10 tahun yang lepas. ini bermakna mereka sentiasa mengulangi janji yang sama pada setiap pilihanraya yang berlaku. keduanya, mereka berjanji untuk memberi tanah seluas 1 hektar bagi pembinaan sekolah yang dijangka siap dalam tmpoh hanya 1 tahun bagi menggantikan sekolah SRJKT ladang sungai salak yang selama ini beroperasi dalam premis kedai 2 tingkat di ladang sungai salak. yang ketiganya adalah janji BN utk membantu semua penduduk miskin yg berpendapatan bawah rm700 layak mendapat bantuan dari JKM (jabatan kebajikan masyarakat) sebanyak rm 300 juga tidak terlaksana. ini hanya sebahagian dari janji-janji yg perlu diselesaikan dengan segera sebelum PRK hulu selangor bermula..
kemarahan yg selama ini disimpan diluahkan dengan kata-kata amaran daripada sebahagian penduduk-penduduk kawasan estet yg terlibat..

inilah kawasan yg sepatutnya didirikan rumah PPRT utk penduduk estet yang dijanjikan selama lebih 10 tahun. keseluruhan kawasan adalah 15 ekar. yang menjadi persoalan adalah, selama 10 tahun siapakah yg mengambil hasil keuntungan jualan buah sawit itu dan terdapat menara celcom juga didirikan di atas tanah tersebut yang mana siapa yang menerima sewaan tapak menara itu yang dianggarkan sekitar rm 2000..???

Wakil kaum india estet ladang siliau sedang memberi penjelasan dan bukti penipuan kerajaan BN terhadap penduduk-penduduk keempat empat estet dalam jajahan dun bagan pinang..

No comments: