Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, April 20, 2010

PENDIKAR PENGECUT



Usul Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) bagi mendebatkan implikasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menukar pusat pengundian di kalangan pengundi di Hulu Selangor ditolak oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini di kamarnya dan sekali lagi pada sessi Dewan Rakyat pagi tadi.

Ahli parlimen Kuantan itu yang juga merupakan pengarah pilihan raya PKR, semalam, menghantar permohonan bertulis kepada speaker bagi membentangkan usul berkenaan.

Awal pagi ini, Pandikar menghantar nota kepada Fuziah untuk memaklumkan bahawa usulnya telah ditolak kerana ia tidak memerlukan perhatian segera.

Sementara itu, dalam menolak usul itu buat kali kedua di Dewan Rakyat, speaker berkata beliau tidak membenarkan "politicking" menguasai Dewan Rakyat kerana ia dikatakan akan menjejaskan perjalanan sidang.

"Dewan mempunyai banyak lagi urusan, kita mempunyai banyak lagi undang-undang untuk diluluskan. Seperti anda ketahui, saya dan timbalan saya terpaksa bekerja hingga lewat malam untuk mengendalikan semua ini,” kata Pandikar apabila melihat Fuziah berdiri pada permulaan sessi pagi tadi.

Semalam, M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) membentangkan usul ketika pembentangan rang undang-undang bajet tambahan bagi Kementerian Pelajaran supaya gaji menteri berkenaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipotong sebanyak RM10.

Usul itu menyebabkan dewan terpaksa bersidang hingga lewat malam.

SPR, semalam pada sidang medianya, menafikan tuduhan bahawa suruhanjaya itu menjadi 'dalang dalam konspirasi' untuk memenangkan BN dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah dan dakwaan palsu.

Ahad lalu, PKR mendakwa SPR telah memindahkan satu lokaliti mengundi dalam kawasan parlimen Hulu Selangor ke dalam kawasan Rawang.

Mengulas dakwaan itu, Wan Ahmad berkata, SPR bertindak demikian setelah menyedari bahawa lokaliti 228 pengundi Kampung Tanjung di Sungai Choh itu sepatutnya diletakkan di kawasan parlimen Selayang.

Ini bermakna mereka tidak boleh mengundi dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April depan.

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Betul juga kata peribahasa orang melayu" hendak seribu daya tak nak seribu dalih" macam-macam dalih ye korang.Biorle nanti PRU3 korang tahulah rakyat yang akan mengajornya.Mari para pengundi Hulu selangor kita pilih Pakatan Rakyat untuk memberi ilmu kepada BN macam mana hendak menjadi wakil rakyat yang bagus lagi terpuji.