Jika diperhalusi , calon PKR walaupun tewas tetap memperolehi undi yang meningkat berbanding yang dimenangi calon parti sama pada pilihanraya umum lalu, allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad sebanyak 23,177 undi.
Ini bererti pengundi-pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat masih utuh di Hulu Selangor.
Ini juga bermakna, Kamalanathan diselamatkan oleh peningkatan jumlah pengundi berdaftar serta peratus keluar mengundi pada 25 April.
Pada pilihanraya umum lalu, calon BN Datuk G.Palanivel yang tewas kepada Dr Zainal memperolehi 22,979 undi tetapi Kamalanathan dapat sokongan undi sebanyak 24,997.
Amat jelas pertambahan 2,018 undi kepada calon BN ini disebabkan peningkatan jumlah pengundi serta yang keluar mengundi seramai kira-kira 49,000 berbanding 47,622 pengundi pada pilihanraya 2008.
Meneliti angka-angka di atas, BN sudah pasti tidak selesa dengan kemenangan di Hulu Selangor.
Kemenangan ini tidak boleh menutup fakta BN tewas tujuh daripada sembilan pilihan raya kecil sebelum ini.
Kejayaan kecil ini juga tidak boleh dijadukan ukuran Gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan – Pencapaian Diutamakan’ bergerak laju menuju matlamatnya.
Apapun, pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor memberi banyak pengajaran kepada Perdana Menteri untuk menilai sama ada golongan bukan Melayu mahu terus bersama-sama kerajaan mencapai matlamat Gagasan 1Malaysia.
Walaupun belum ada angka rasmi tetapi umum sudah mengetahui sokongan pengundi-pengundi Cina masih ketara belum memihak kepada BN begitu juga dengan masyarakat India.
Dapatkah Najib sebagai pengerusi BN dan barisan kepimpinan parti komponen mengesan masalah-malasah ini dalam ‘post mortem’ terhadap keputusan pilihanraya kecil Hulu Selangor?
Ungkapan ‘Beri kain pakai, beri gula makan, beri pitih (wang) ambil’ yang cukup popular dikalangan PAS boleh dikatakan sudah dipraktikkan juga oleh pengundi-pengundi Cina.
Ketika kempen pilihanraya, walaupun kerajaan memberikan bantuan dan menyelesaikan masalah-masalah kaum ini tetapi ternyata hasil undi Cina kepada calon BN amat mengecewakan.
Faktor penyokong-penyokong Timbalan Presiden MIC, G.Palanivel yang tidak dicalonkan semula juga turut memberi kesan.Undi protea kumpulan ini juga tidak dapat dielakkan.
Satu mesej yang jelas ialah pengundi-pengundi Melayu masih menolak calon MIC bertanding di kawasan itu.
Ini dapat dilihat dengan jumlah lebih 6,000 undi yang memenangkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen Hulu Selangor pada 2008 masih ‘belum kembali’ kepada BN berdasarkan jumlah pengundian Ahad.
Perlu diingat juga, pilihanraya kecil Parlimen Sibu Sarawak 16 Mei ini pasti menjanjikan sesuatu lebih sengit dengan Pakatan Rakyat khususnya DAP yang akan meletakkan calonnya bagi memenangi kawasan Sibu.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment