From: malismohd@yahoo.com
Subject: (PerkasaWP) Palaneval bakal dilantik Senator, tamparan buat Melayu seperti PERKASA
To: perkasawp@googlegroups.com
Menurut sumber yang sahih. Palnival yang terima kompromi untuk dilantik Senator jika bagi laluan kepada Kamalanathan akan dinobatkan sebagai Senator minggu depan...haa alamat seperti kata bidalam "tolak beransur ansurlah Melayu"
1. Dahlah majoriti Melayu, mereka jadi Calon.
2. Kena kompromi pulak takut Palanival mengamuk, dijanjikan Senator malah Tim. Menteri pulak selepas ini.
3. Perkasa (Ultraman Melayu) pulak sokong BN (setuju cara tu) asal BN dibantu...Dulu kata UMNO dah tak layak wakili Melayu kononnya..Hampeh
4. Yang nyata memang UMNO amat baik demi politik...Desperate sangat ke? Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan...
5. Akhirnya meraka "killing 3 birds with one stone"...YB Parlimen, Senator dan Timbalan Menteri mereka dapat .
6. Cina pulak, dek takutkan Perkasa yang berkempen secara terbuka, lari jauh-jauh dari BN...
7. Yang pasti Sekolah Cina di Hulu Selangor dah dapat RM3 juta semalam. Lagi sekali TKO kita kena dek kebobrokkan politik sendiri...
Tahniah Palaneval, wakil peribumi Hulu Selangor...Boleh join Ezam Mohd Nor sebagai Senator baru nanti! Bila wakil Perkasa nak dilantik pulak?
Ezam Mohd Nor antara empat dilantik senator
Apr 28, 10 6:32pm
Bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator.
Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.
Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.
Ezam (kiri) juga adalah bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terkenal kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.
Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.
Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam berkata dia bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan mereka tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".
Sementara itu, bagi timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel, ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia.
Perlantikannya itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tetapi sebaliknya menyokong calon kompromi, P Kamalanathan.
Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga dijangka akan diberikan jawatan sebagai timbalan menteri.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
ezam jadi senator?? apa je profesion dia ni sangat??? ahahhaha janji dapat elaun.. ahaha
MELAYU LEKA HILANG KUASA....sticker ini yg penyokong umno lekat dikereta mereka..MMG SAH MELAYU UMNO LEKA MIC YG BERKUASA..HAHAHA HAHAK BAHLAL BETOI UMNO
ezam terpaksa dilantik jadi senator. mana boleh tahan. prk kerap sangat. setiap kali buka mulut nak kena bayar. kalau berbaloi tak pa, ni yg tukang bayar pun meluat nak dengar. apa lagi orang lain. nak senang keja, lantik dia jadi senator, biar duit rakyat yang bayar elaun dia merapu.
Post a Comment