Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, April 26, 2010

KOMEN DARI SABAH

Kekalahan tipis Pakatan rakyat dengan Barisan nasional dalam Pilihan raya kecil P094 Hulu Selangor dengan perbezaan tak sampai 2K, tidak mengambarkan sebagai kemenangan total dan mudah oleh Umno(BN).Sebabnya peranan SPR yang mengendalikan pihanraya itu banyak pihak mempersoalkan malah sempat dibawa kedalam persidangan Parlimen oleh wakil rakyat Pakatan rakyat baru-baru ini dan ditolak mentah-mentah.Tambahan pula kebisuan SPRM dengan isu-isu projek-projek segera,tawaran sana sini dan janji-janji manis berupa habuan tidak diambil tindakan olehnya keatas apa yang telah ditunjukkan oleh BN(Barisan nasional)dalam pilihanraya ini.
Sedemikian sekira dua egensi ini memainkan peranan dengan baik dan telus,kemungkinan besar dan saya yakin PAKATAN RAKYAT boleh menang dengan mudah dan memperolehi undi yang banyak.Dan yang pentingnya selepas ini BN perlu menunaikan apa yang dijanjikan seperti apa yang dijanjikan keatas penduduk Sg Buaya dan tempat yang lain kerana undian yang diberi kepada mereka adalah berdasar tawaran dan keuntungan jangka pendek yang bakal diperolehi.Jika tidak menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 nanti mereka akan dikalahkan dalam keadaan yang memalukan oleh pengundi-pengundi mereka.Boleh dikatakan wakil rakyat yang menang(BN) berfungsi betul diParlimen untuk kebaikan rakyat dan negara.Kita tengok dan tunggu hal ini sehingga PRU13 nanti.Syabas dan tahniah kapada pengundi-pengundi di Bukit Sentosa 2 yang memilih Pakatan rakyat dan membawa kemenangan dikawasan itu serta boleh menjadi batu lonjakan kepada kawasan yang lain untuk memenangkan Pakatan rakyat diPRU13 nanti insyaalah.Tahniah juga kepada team work Pas cawangan Bukit sentosa 2 ke atas kejayaan ini,semoga segala tenaga,buah fikiran dan wang ringgit menjadi sebab musabab keredaan Allah kita diakhirat nanti dan diberi ganjaran syurga Firdaus yang dimimpikan oleh setiap pejuang-pejuang Islam.Kita tunggu dengan keimanan yng tinggi bagi PRU13 akan datang dengan laungan Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar

No comments: