BN Labuan Ke Hulu Selangor - Releven Atau Tidak?
Sudah menjadi lumrah, bila ada saja pilihanraya kecil (PRK), BN disetiap bahagian akan menghantar wakil untuk membantu. Selepas PRU-12, hampir setiap pilihanraya kecil Labuan akan menghantar 'delegasi' untuk membantu.
Persoalannya relevankah bahagian yang kecil seperti Labuan ini menghantar wakil dalam kuantiti yang besar untuk membantu BN dalam usaha memenangi pilihanraya kecil? Jika semua (Ketua Parti Komponen, UMNO Bahagian, YB Ahli Parlimen) turun ke Hulu Selangor, siapa yang tinggal di Labuan?
Besar sangatkah suara Labuan turun beramai-ramai ke semenanjung Malaysia untuk berkempen dalam PRK? Takut-takut bukan sahaja suara tidak didengar, malah warga di sana sedar pun tidak akan kewujudan kita di sana.
Menurut pengalaman saya, paling besar Labuan menghantar wakil untuk membantu dalam PRK adalah pada tahun 2001, ketika itu ADUN Likas, Datuk Yong Teck Lee diisytiharkan oleh mahkamah sebagai tidak menang dengan sah dan perlu ada pilihanraya kecil semula. Namun ketika itu situasi adalah berlainan. Perjalanan 'delegasi' dari BN Labuan tidak sampai 200km. Dan kehadiran wakil kita ketika itu sememangnya disedari dan dihargai. Bukan sahaja UMNO Labuan menggunakan van sendiri, berlogo UMNO Labuan, malah telah menyewa dua papan tanda berlampu bertulis; 'UNDILAH BN - UMNO LABUAN", satu di highway Teluk Likas, dan satu di tengah-tengah bandaraya Kota Kinabalu. Dan apabila BN memenangi semula kerusi tersebut, penghargaan diberi kepada wakil Labuan yang turun membantu.
Tapi kini situasi telah berbeza, kos makin tinggi. Apatah lagi kalau ianya membabitkan PRK di semenanjung Malaysia. Yang agak merisaukan lagi, motif utama wakil kita ke sana. Adakah untuk membantu BN berkempen, atau ada 'tujuan' lain? Takut-takut warga Labuan akan dilabel sebagai pandai memanipulasi keadaan atau mandi sambil minum.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment