Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, April 11, 2010

JANJI MANIS KENANGAN PAHIT

Pasti ramai yang masih mengingati kisah 363 peneroka Felda Sungai Buaya yang ditipu dengan janji-janji manis syarikat pemaju yang kononnya mahu menjadikan mereka jutawan segera.

Kisah itu berlaku ketika Selangor di bawah pimpinan Umno dan dipimpin Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Selama itu juga, penduduk Sungai Buaya hidup dalam penderitaan selepas tanah kebun mereka dijual kepada syarikat pemaju, Murna Jaya Development Bhd kononnya bagi dibangunkan dengan projek perumahan.

Namun impian mereka berkecai dengan harapan dan janji palsu yang diberikan pihak pemaju yang turut mempergunakan Umno untuk mempengaruhi penduduk berkenaan.

Bahkan mereka tidak diberikan bayaran penuh seperti yang dijanjikan sebanyak RM1 juta.

Akibatnya, impian mereka bergelar jutawan bukan sahaja berkecai, malah mereka kehilangan tanah kebun kelapa sawit yang memberikan mereka sumber pendapatan dan rezeki selama ini. Apa yang tinggal kepada peneroka itu kini hanyalah tapak rumah sebesar sekangkang kera.

Barangkali ramai yang tidak mengetahui atau terlupa bahawa Muhammad Taib merupakan salah seorang dari enam ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan dan tali barut yang terlibat secara langsung dalam menipu dan merampas hak-hak peneroka Felda itu.

Ketua kampung Sungai Buaya, Saidin Busu antara 34 orang peneroka Felda yang memfailkan kes itu ke mahkamah pada 2002 selepas menyedari diri mereka ditipu dengan perjanjian yang mengelirukan dan berat sebelah.

"Kalau tengok pada masa itu dengan jelas lima cawangan Umno termasuk ahli jawatankuasa masjid, JKKK, Wanita, Pemuda, apa sahaja syarikat (pemaju) buat kebanyakan mereka setuju atas janji manis syarikat.

"Ketika itu Muhammad Taib orang kepercayaan penduduk di sini sebagai Menteri Besar, apa yang dia cakap penduduk lebih faham. Itulah bermulanya titik hitam Felda Sungai Buaya.

"Muhammad Taib dia terlibat. Sebab itu saya nak cakap hari ini, dalam Sinar (Harian) tak keluar. Muhammad Taib adalah antara enam ahli lembaga pengarah dalam syarikat Murna jaya pada 1994. Setiap perjanjian dalam lembaga pengarah ditandatangan beliau. Dalam mahkamah pun perkara itu disebut," kata Saidin.

"Inilah penyamun-penyamun yang merompak tanah kami," celah Jamadi Mohammad, pengerusi jawatankusa yang mewakili 34 penduduk yang membawa kes itu ke mahkamah.

Menurut Jamadi, setelah tamat perjanjian asal pada 1999 iaitu selepas 48 bulan tarikh perjanjian, baki keseluruhan masih tak dijelaskan. Kemudian projek tersebut ditunda dengan satu lagi janji oleh syarikat sehingga 2004.

"Hanya satu janji pada tahun 2000 ditunai, itupun tak menepati janji apabila pihak ketiga membayar kepada pihak kedua (Murna Jaya) RM112,000. Kemudian sampai kepada kita RM41,000. Ke mana lagi RM72,000. Sedangkan pihak ketiga sudah bayar. Ini ada penyata yang dibawa ke mahkamah," kata Jamadi.

Manakala pada 2005 ujarnya, mereka dibayar hanya RM1,000 bagi menyambut persiapan bulan Ramadhan dan Hari Raya Puasa pada masa itu. Selepas itu mereka tidak lagi mendapat sebarang bayaran sehingga hari ini.

"Bila kita jumpa peguam, peguam bertanya, kenapalah you sign. Kita ni manalah tahu. Macam pakcik ni umur 65 sekolah pun sekolah rendah. Dari segi perundangan tak tahu. oleh kerana dakyah dan dipengaruh, siapa yang tak nak senang dengan janji-janji manis dia orang ini.

Sepanjang perjuangan mempertahankan hak mereka, Saidin berkata, mereka mengharungi pelbagai cemuhan dari sebahagian peneroka yang dipengaruhi oleh janji-janji berkenaan sehingga dituduh sebagai pengkhianat yang mahu menggagalkan perjanjian itu.

"Sehinggakan kalau kenduri-kendara yang 34 orang ini, kalau tak ada saudara mara yang datang, tak ada orang pun. Pengerusi kita sebelum Jamadi, arwah Rahim Johari meninggal tak ada yang hadir melainkan ahli persatuan.

"Kami dipulaukan, disisihkan dalam masyarakat. Kami ni dianggap pengkhianat untuk menggagalkan pembangunan di kawasan ini. Selepas 2008, saya salah seorang yang bawa kes ini ke mahakamah, dilantik sebagai ketua kampung dan pengerusi JKKK. Baru kita mendapat program menerangkan cerita sebenar.

"Sekarang baru ada peneroka yang sedar, tetapi masih ada konco-konco yang senang dibayar, masih lagi dikedai-kedai menyatakan kamilah yang salah. Bagi kami jalan penyelesaiannya adalah bayar hak kami. Kesian kepada penduduk. Daripada 363 peneroka tinggal 66 orang sahaja kerana yang lainnya telah meninggal dunia.," ujar beliau lagi.

"Allah Taala yang Maha Kaya mengetahui, mana yang betul mana yang tak betul. Sekarang mereka sedar. Mereka (pemaju) banyak duit, tetapi apa yang saya paling terkilan ialah tuan tanah sendiri mengkhianati harta mereka sendiri," ujar Jamadi pula.

No comments: