Media Baru Bakal Kuasai Undi Rakyat, Utusan Bankrap Umno Bakal Lingkup PRU13
Sebanyak 92 peratus rakyat Malaysia mengikuti media baru seperti laman sosial Facebook dan Twitter Menurut Pusat Kajian Zentrum Future Studies.
Pensyarah kanan Universiti Malaya Prof Dr Abu Hassan berkata jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat dan Eropah, Malaysia mempunyai lebih ramai pengikut setia media baru yang lebih percayakan laporannya berbanding dengan media arus perdana.
Abu Hassan mengajak lebih banyak penyertaan golongan tersebut di internet.
Bercakap kepada kira-kira 900 pemuda di Kongres Anak Muda Kebangsaan di Petaling Jaya, Abu Hassan berkata kebangkitan media baru sekarang ini telah menjadi semacam “agama” pada masa kini.
"Untuk membawa perubahan dalam negara ini, orang muda mestilah melangkah setapak lagi memasuki media baru dan meninggalkan politik lama,"
“Rakyat Malaysia semakin cerdik dan mereka telah keluar daripada politik primitif dan telah semakin maju ke depan,” ujarnya lagi kepada media.
Sebelum itu, Pakatan Rakyat melancarkan boikot Utusan Malaysia dengan laporan melampau berhubung kes fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim
Edaran media arus perdana Melayu semakin menurun setiap hari dan angkanya di bawah 200,000 naskhah dan angkanya semakin menurun.
(Hidup mati akhbar di Malaysia di dunia, Utusan M – 2/12/2009)
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment