Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, April 2, 2010

DS CHUA SOI LEK SKANDAL SEKS LEBIH DIHORMATI UMNO DARI DS ANWAR YANG BELUM TERBUKTI


Bolehkah Dato' Seri Chua Soi Lek (Foto) Presiden baru MCA dapat memulihkan semula partinya setelah masyarakat Cina di negara ini kelihatan menyampah dengan Barisan Nasional.

Kemenangannya mengalahkan Ong Ka Ting dan Ong Tee Keat kedua-duanya pernah menerajui parti terbesar masyarakat Cina negara ini dianggap satu kejayaan luar biasa Soi Lek setelah dirinya terkait dengan 'skandal sex' yang menggemparkan parti itu tidak berapa lama dahulu.

Sememangnya Chua Soi Lek terbukti memiliki aura selepas video seks yang dirakam seseorang mungkin meyakinkan kepercayaan ahli partinya setelah beliau sendiri mengakui bahawa watak dalam CCTV yang melucahkan itu adalah dirinya.

Beliau kelihatan tidak gelabah menghadapi isu yang memalukan dirinya itu walaupun mengetahui CCTV lucah itu akan dipergunakan oleh musuh politiknya untuk menghancur punahkan masa depannya dalam MCA.

Soi Lek berjaya menatih sedikit demi sedikit mendaki ke puncak dalam dalam kepimpinan MCA hari itu. Beliau menghairankan bila dapat mengenepikan seorang tokoh Presiden MCA Ong Ka Ting dan juga penyandang jawatan Presiden Ong Tee Keat. Nampaknya kehendak perwakilan MCA perlu diterima dan mungkin BN terpaksa berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Chua Soi Lek menanag bergaya bila jawatan tertinggi itu diperolehi ialah 901 undi berbanding Ka Ting 833 undi manakala Tee Keat pula hanya mendapat 578 undi. Soi Lek menyifatkan kemenangannya satu permulaan baru dalam usaha membawa MCA maju ke hadapan seterusnya berjanji akan bekerja keras bersama rakan-rakan lain yang turut membarisi kepimpinannya untuk menyatu padukan masyarakat Cina di negara ini setelah komuniti itu dikatakan masih cenderung untuk berpihak kepada Pakatan Rakyat.

No comments: